Selasa, 12 Februari 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Khalid Samad : Tiada Kelab Malam <b>Di Shah Alam</b>

Posted: 08 Feb 2013 03:41 AM PST

SHAH ALAM 8 FEB : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat membenarkan pembukaan kelab malam di negeri ini.

Sebaliknya, beliau berkata, pusat hiburan yang didakwa menawarkan perkhidmatan kelab malam itu hanyalah merupakan sebuah restoran yang dibuka daripada jam 8 malam sehingga 12 malam.

"Ianya sama seperti 'The Ship' atau 'Hard Rock Cafe' dan boleh dikunjungi oleh sekeluarga.

"Kami sudah mengadakan lawatan dan mendapati tempat tersebut bukanlah kelab malam seperti didakwa sebelum ini," jelas Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya petang tadi.

Bagaimanapun, Khalid mengakui restoran tersebut menawarkan minuman keras dan berkeadaan gelap.

"Namun mereka sudah mendapatkan lesen daripada pihak kastam untuk menjual 'hard liquor' di premis mereka," ujarnya lagi.

Khalid juga menegaskan bahawa premis tersebut terletak di Setia Alam, dan bukannya Shah Alam seperti didakwa sesetengah pihak.

Setia Alam merupakan kawasan perbandaran baru yang berbeza dengan Shah Alam, di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads