Rabu, 6 Februari 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Kajiselidik Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> : Khalid Ibrahim Disifatkan <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 10:10 PM PST

alt

SHAH ALAM, 29 Jan - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan 'syok sendiri' apabila mendakwa kajian terkini yang dilakukan kerajaan negeri menunjukkan keyakinan rakyat meningkat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan negeri sebenarnya semakin tergugat dengan kebangkitan rakyat terkini yang menuntut hak mereka seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto PR pada pilihanraya umum yang lalu.

"Kerajaan Selangor semakin terdesak dan tergugat selepas melihat kebangkitan dan suara rakyat yang semakin lantang menuntut hak, ini adalah realiti politik sebenar.

"Pembangkang semakin tidak tenteram melihat perkembangan di Selangor sejak kebelakangan ini.

"Mereka tahu situasi semasa dan sebenar dan sejauhmana kebangkitan semula BN di Selangor selepas pilihanraya umum 2008 bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini,' katanya.

Mohd Zin menegaskan gerak kerja politik BN semakin menggusarkan pembangkang sehingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melakukan psikologi politik untuk menunjukkan hasil kajian pengundi menyebelahi mereka untuk menyedapkan hati.

Beliau juga berkata semakin hari rakyat Selangor tampil menuntut kerajaan negeri menyelesaikan masalah asas mereka namun malangnya Abdul Khalid sering menuding jari dan menyalahkan pihak lain terhadap masalah yang berlaku.

"Pelbagai alasan diberikan mengenai masalah rakyat semata-mata bertujuan meneruskan agenda politik sempit mereka tanpa mendahulukan kepentingan rakyat terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri perlu jujur menangani masalah rakyat dan bukannya terus menerus menuding jari. Inilah sikap dan perangai sebenar pembangkang sepanjang empat tahun menerajui Selangor," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya memiliki akauntabiliti, kebertanggungjawaban serta ketelusan apabila berdepan dengan isu rakyat.

Mohd Zin turut menegaskan laporan yang diterima daripada Pusat Khidmat BN Selangor (PAKAR) menunjukkan isu air, sampah serta kelemahakn sistem pemyampaian adalah perkara pokok yang semakin menggusarkan rakyat di negeri ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads