Selasa, 5 Mac 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan air <b>di Hulu Selangor</b>, Sabak Bernama, Hulu Langat

Posted: 12 Jun 2010 10:42 AM PDT

Gangguan air di Hulu Selangor, Sabak Bernama, Hulu Langat

12/06/2010 2:30pm

KUALA LUMPUR 12 Jun Gangguan bekalan air sementara dijangka berlaku di beberapa kawasan di Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Langat berikutan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan itu akan bermula pada 7 petang hingga 5 pagi keesokan harinya di seluruh kawasan Felda Gedangsa (Hulu Selangor) dan keseluruhan daerah Sabak Bernam terutama di Panchang Bedena, Sungai Panjang, Sabak, Bagan Nakhoda Omar serta Pasir Panjang.

"Gangguan ini berikutan kerja-kerja henti tugas Loji Rawatan Air Bernam River Headworks bagi kerja pencucian Kolam Imbangan oleh Pucak Niaga (M) Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beberapa kawasan di Hulu Langat termasuk Taman Puncak Utama, Taman Putra Budiman, Balakong Jaya, Impian Indah, Desa Karunmas, Taman Harmoni dan Taman Seri Timah mengalami gangguan bekalan pada 9 pagi hingga 5 petang hari yang sama.

Kawasan lain yang terlibat ialah Taman Tanming 1 dan 2, Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Bukit Emas, Industri Selesa Jaya, Industri Balakong Jaya, Taman Sungai Besi Indah 1,2 dan 3, Mines Resort dan Jalan Dagang.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol di 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my. Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads