Ahad, 17 Mac 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Pelajar SMK Tengku Idris Shah <b>Kapar</b> Maut Terkena Renjatan Elektrik

Posted: 27 Feb 2013 10:13 PM PST

Seorang pelajar tingkatan tiga yang ingin melintas jalan untuk menunggu bas pulang ke rumah, maut terkena renjatan elektrik dari sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian, Kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 petang itu menimpa pelajar malang bernama Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar.

pelajar tingkatan tiga maut terkena renjatan ekektrik

Gambar hiasan

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan ke Klinik Kesihatan Kapar.

Bapa mangsa, Halim Mohd Ismail, 38, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 1.20 petang semalam.

"Saya difahamkan anak saya berada di situ sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Sebaik melintasi kotak itu, arwah terkena renjatan elektrik dan berada dalam keadaan berdiri tegak," katanya di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, semalam.

Dia berkata, mangsa anak sulung daripada empat beradik dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah tahun ini.

"Arwah seorang pendiam dan tidak banyak bercakap. Kali terakhir saya bersembang dengannya pada 6 pagi tadi (semalam) sebelum pergi ke sekolah.

"Kami sekeluarga reda, tapi berharap pihak terbabit peka dan menutup segera kotak kabel elektrik itu untuk memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya.

**Lagi berita penuh di web rasmi Sinar Harian

Incoming search terms:

  • pelajar kena renjatan elektrik smk tengku idris shah (2)
  • pelajar terkena renjatan elektrik (2)
  • kena renjatan elektrik boleh sentuh mangsa itu (2)
  • metro pelajar kena kejutan elektrik 2013 (2)
  • mangsa renjatan elektrik tnb (2)
  • sek men tengku idris shah kapar (2)
  • smk tengku idris shah 2013 (2)
  • pelajar mati harian metro kapar (1)
  • pelajar mati de kapar kerana renjatan elektrik (1)
  • pelajar sekolah mati renjatan elektrik (1)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads