12 di kapar - Google Blog Search |
- Surau <b>di Kapar</b> KENA TEMBAK, 10 Jemaah Terkejut - Celah Gelegar
- BLOG SELANGOR: 12 <b>di meru</b> - Google Blog Search
- jalan menuju puncak: LTDL <b>di Kapar</b>
Surau <b>di Kapar</b> KENA TEMBAK, 10 Jemaah Terkejut - Celah Gelegar Posted: 19 Feb 2013 10:24 PM PST SHAH ALAM - Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi. Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu. Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surau itu. "Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'. "Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," kata beliau kepada Sinar Harian. Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap jemaah. Ketika ditanya sama ada tembakan disasarkan terhadap individu tertentu yang berada dalam surau, beliau berkata, motif tembakan masih dalam siasatan. "Keterangan 10 jemaah sudah direkodkan bagi membantu siasatan. Motif sebenar tembakan itu masih belum dapat dipastikan," kata beliau. Mohamad Shukor berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di lokasi berhampiran surau berkenaan tidak dapat merekodkan insiden tersebut. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 | ||
BLOG SELANGOR: 12 <b>di meru</b> - Google Blog Search Posted: 21 Mar 2013 07:12 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
jalan menuju puncak: LTDL <b>di Kapar</b> Posted: 24 Feb 2013 03:55 AM PST Hari ini berpeluang menyaksikan acara penamat heat 4 dari Tapah ke Kapar.Memang susah nak cari angle yang baik kerana kawasan di pagar.Kalau ambil gambar masa penamat pun tak dapat kerana terlalu laju 55~70km/h,hanya dapat sedikit video.Cuaca juga agak baik tidak panas terik(mendung) walau pun peserta sampai ke garisan penamat lebih kurang 1.40 t/h. |
You are subscribed to email updates from di kapar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan