Selasa, 12 Mac 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Bunuh Bapa <b>Di</b> Port Dickson | Bunuh Bapa <b>Di</b> Miri | Mac 2013

Posted: 11 Mar 2013 06:33 PM PDT

Sekiranya anda membaca berita dari akhbar-akhbar tempatan hari ini, anda akan menjumpai berita tentang kematian bapa akibat dipukul anak sendiri. Apa yang menyedihkan, terdapat dua kes bunuh bapa yang berlaku secara berasingan yang dilaporkan berlaku kelmarin.

Kes pertama Belalang petik dari akhbar Sinar Harian, kejadia berlaku di Port Dickson. Seorang bapa dipukul hingga mati oleh si anak yang baru dibebaskan dari penjara kira-kira sebulan yang lepas.

Maut dibelasah anak sendiri

Bunuh bapa di Port Dickson.- Gambar dari Sinar Harian

Mangsa, S Ramdas, 56, ditemui berlumuran darah di bahagian kepala dan badan dipercayai dibelasah anaknya menggunakan kayu meja yang dipatahkan.

Turut menjadi mangsa amukan suspek adalah neneknya, namun dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, yang mengesahkan kejadian berkata, suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditahan polis pada hari sama di tempat kejadian.

Kes kedua pula berlaku di Miri. Seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro, Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.

Bunuh bapa leteri isteri

Bunuh bapa di Miri. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.- Gambar Harian Metro

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Semakin hilang nilai atau sifat kemanusian pada masyarakat kita hari ini. Dimana silapnya?

Incoming search terms:

  • kes anak bunuh bapa di miri sarawak (3)
  • ANAK BUNUH BAPA DI PORT DICKSON (2)
  • ramadas di bunuh (2)
  • pembunuhan bapa Di suai (1)
  • metro hari ini 12/03/2013 (1)
  • kes mati di miri (1)
  • Kes bunuh bapa sendiri di miri (1)
  • kes bunuh bapa di rumah panjang niah (1)
  • anak bunuh bapa di suai (1)
  • kejadian anak bunuh bapa (1)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads