Isnin, 29 April 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Janji Selesaikan Gejala Sosial <b>di Kajang</b> - Arus Baru

Posted: 24 Apr 2013 09:00 AM PDT

Ustaz Ismail 2

Calon Berjasa di kerusi N25 Dun Kajang, Ustaz Mohamad bin Ismail berjanji untuk menyelesaikan masalah sosial di Kajang ketika menyampaikan ceramah umum di Taman Sekamat, Kajang, malam tadi.

Menurut beliau, sewaktu melawat penduduk-penduduk di sini, antara isu-isu yang dibangkitkan ialah pertambahan rumah-rumah urut dan rumah-rumah pelacuran.

"Jika tuan-tuan memilih saya sebagai wakil di Dun ini, insyaAllah saya akan mengajak tuan-tuan membantu saya untuk membanteras semua gejala ini." Ujar beliau sambil memetik ayat Al-Quran dari Surah Al-Anfal, ayat ke 25 yang bermaksud, "Peliharalah diri kamu dari azab Allah, yang tidak hanya menimpa golongan yang melakukan maksiat. Dan Ketahuilah, azab Allah itu sangat dahsyat."

"Kita takut jika gejala ini berleluasa, ia akan member kesan buruk kepada masyarakat di Dun Kajang ini," Tambah beliau lagi.

Di akhir ucapan, beliau berpesan kepada penduduk Dun Kajang supaya menunaikan solat sunat istikharah sebelum hari mengundi supaya Allah memberi petunjuk, calon manakah yang mampu untuk menjaga dunia dan akhirat mereka.

Kempen Berjasa rancak <b>di Kajang</b> | ISMAWeb

Posted: 23 Apr 2013 01:31 AM PDT

KAJANG – Acara kempen Ustaz Mohamad Ismail semakin rancak di Kajang. Sejak semalam, beliau seharian bersama masyarakat Kajang dan sebelah malamnya beliau berpeluang berjemaah di Surau Taman Kantan Permai, Kajang dan Surau Taman Kota Cheras.

Di samping itu, beliau juga menziarahi Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia dan  Rumah Warga Emas Pertubuhan Kebajikan al-Fikrah Sg Sekamat Kajang.

529079_565667333453416_337682266_nBersama pengurus Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Sikamat Kajang.

46647_565667376786745_44600307_nMenyelami luahan hati penghuni Rumah Warga Emas Pertubuhan Kebajikan al-Fikrah, Sg Sekamat Kajang.

165440_565821896771293_1990455951_nBersama ahli qariah sambil minum malam  di Surau Taman Kantan Permai, Kajang

eBergambar kenangan bersama penduduk sekitar Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads