12 di petaling jaya - Google Blog Search |
Najib Dan Keluarga Makan Tengah Hari <b>Di</b> Little Penang Cafe <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 31 Mar 2013 04:41 AM PDT PETALING JAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga hari ini meluangkan masa di hujung minggu untuk menjamu selera bersama orang ramai di sebuah restoran di pusat beli belah di sini. Najib, yang kelihatan santai dengan berbaju-t berwarna putih bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak iaitu Norashman Razak dan Nooryana Najwa serta tunang Nooryana Najwa, Daniar Nazarbayev memilih kedai makan "Little Penang Cafe" yang menawarkan masakan asli penjaja Pulau Pinang untuk menjamu selera. Antara pesanan makanan yang dibuat Perdana Menteri dan keluarganya ialah asam laksa, laksa kuah lemak Siam, "Aromatic Chicken Set" dan "Penang Hokkien Prawn Mee" berserta milo ais, cincau dan barli, dengan pencuci mulut rojak buah. Kehadiran pemimpin nombor satu negara bersama keluarga di restoran itu telah menarik perhatian pengunjung ke pusat beli belah itu yang turut mengambil peluang beramah mesra dan bergambar bersama mereka. Najib dan keluarga meluangkan masa kira-kira sejam di restoran itu. Seorang kakitangan restoran yang mengambil pesanan makanan Perdana Menteri dan keluarga, Jumat Kasneh berkata beliau berasa teruja dan gembira dengan ketibaan perdana menteri bersama keluarga. "Perdana Menteri sangat mesra dengan semua orang dan senang untuk berkomunikasi," katanya yang sudah bekerja di restoran itu selama 10 tahun. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan