12 di rawang - Google Blog Search |
Inilah Ceritaku: Tragedi Hentian Rehat <b>Rawang</b> Posted: 08 Apr 2013 09:04 PM PDT Selepas check out, Encik Suami bawa Anim dan 2 Abduls ke majlis perkahwinan anak BIG BIG bossnya di Shah Alam. Pada mulanya Anim agak keberatan. Anim suruh dia p sorang je dan turunkan Anim di Kompleks PKNS Shah Alam dengan 2 Abduls. Pertama, Anim canggung nak hadiri majlis yang dihadiri korporat2, datuk datin ni dan kedua, batuk Anim ni menjadi-jadi kalau masuk bilik beraircon. Malu kat orang. Dan apa jawapan yang Anim dapat? Tak pasal-pasal kena "basuh" ..hehehe...(padan muka saya!) Terdiam bila kata Encik Suami, "Deorang pun manusia macam kita juga". Satu lagi katanya, di kad undangan tu tertulis nama dia & isteri serta keluarga baik di sampul mahupun di dalam kad. Kalau satu kad untuk satu jabatan (semua staff) tak pelah jugak..Ok..ok..sorry..sorry..Tanpa menunggu ketibaan pengantin (jam 2 petang), kami bertolak pulang ke SP. Tiba di tol Shah Alam, fuel tank warning pulak. Encik Suami bercadang nak mengisi minyak di Hentian Rehat Rawang. Ada stesen Petronas di situ katanya. Tiba Hentian Rehat Rawang...ya Allah...apa sudah jadi? Stesen servis Petronas ini ditutup sementara??? Tiada sebarang pemberitahuan sepanjang jalan dari Shah Alam ke sini. At least, pasang banner/pemberitahuan di kawasan kutipan tol Shah Alam tadi. Bolehlah pengguna jalanraya seperti kami ni singgah mengisi minyak di Hentian Sg. Buloh.Nak teruskan perjalanan, tak yakin pulak. Cik Putih ni pun baru 3 bulan dalam jagaan kami. Belum kenal sepenuhnya. Called adik yang tinggal di Rawang Perdana, bertanyakan stesen minyak terdekat. Dia dan isterinya tiada di rumah, ada urusan di Wangsa Maju. Kami kemudian diberitahu hentian seterusnya ialah Tanjung Malim. Kalau rasa tak yakin, masuklah Bukit Beruntung katanya. Fikir punya fikir...nak terus ke Tanjung Malim sure tak cukup minyak. Nak ke Bukit Beruntung pula, nak mencari tu satu hal, pusing sana sini.. takut-takut tersadai di tepi jalan. Kemudian adik called dan beritahu mereka on the way nak bertolak balik ke Rawang . Dia minta kami tunggu mereka datang . Jalan selamat.....tunggu sajalah. Kami bersolat jamak taqdim dulu, minum-minum dan kemudian barulah duduk berehat di pondok yang disediakan. Oh ya..ternampak pemberitahuan stesen Petronas Rawang ditutup ditampal di tepi gerai makanan. Strategik ke tempat tu? Hikmahnya...kalau tak kerana kes kereta kehabisan minyak ni...tak tau yang di Hentian Rehat & Rawat Rawang (Arah Utara) ni ada arca tersergam. Malangnya...terlindung oleh pokok-pokok yang makin membesar. Jam 3.00 petang (kami tiba jam 2.00 petang) bantuan tiba, Alhamdulillah...perjalanan ke Utara (isi full tank di Tanjung Malim) diteruskan dengan satu pengajaran. Len kali...jangan tunggu fuel tank warning baru isi minyak yaa.. P/S Syukurlah...ada adik tinggal di Rawang. Kalau nak minta tolong adik yang tinggal di Klang, Bangi atau Sepang....bayangkanlah jauhnya mereka nak datang dan berpatah balik.. |
You are subscribed to email updates from di rawang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan