Isnin, 8 April 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Penduduk <b>Sekinchan</b> pilih calon membantu bukan parti politik ABN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 09:37 AM PDT

Oleh Sri Sharinnie Rizal (sharinnie@abnxcess.com)

SEKINCHAN -  Ramai di kalangan pengundi di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan merasakan mengundi calon yang mampu membantu penduduk tempatan lebih penting parti politik.

Tinjauan ABN News mendapati, meskipun ada di kalangan penduduk di kawasan berkenaan, terutama yang berbangsa Cina menyatakan mereka berpuas hati dengan DAP, ramai menantikan kempen pilihan raya yang menarik sebelum memutuskan calon pilihan mereka bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kawasan Sekinchan di bawah Parlimen Sungai Besar merupakan antara kawasan yang dikenal pasti mungkin boleh dirampas kembali oleh Barisan Nasional sekiranya calon yang dipertandingkan mampu meyakinkan penduduk tempatan bahawa mereka boleh membawa perubahan di situ.

Rata-rata penduduk Sekinchan menyatakan sokongan mereka adalah 50-50.

Sekinchan

Peniaga makanan di tepi jalan, Lim Hee Hong berkata dia memberi sokongan separuh-separuh kepada MCA dan juga DAP.

"MCA dulu orang cakap mau tukar-tukar tengok macam mana orang tak puas ini macamla," katanya.

Hee Hong berkata beliau berharap agar selepas PRU 13 akan ada lagi kemajuan di Sekinchan dan kehidupannya bertambah baik.

"Kami penduduk boleh pilih kalau siapa tidak kira MCA ke BN ke? Kalau siapa boleh menolong penduduk dengan baik kami akan pilih. Kami sokong DAP dua kali kerana calon MCA tidak bagus. Itu sebabnya penduduk mengundi DAP  kalau calon MCA bagus kami mesti sokong," kata Lay Yok Peng, penduduk Sekinchan.

"Memang dah lama dah DAP pegang kalau boleh kita nak cuba yang baru juga mana tahu ada boleh yang terbaik la cuba nak yang baru,"  ulas peniaga makanan, Yakkob Ismail.

Lain pula pendapat Rostina Mat Yaman yang tidak kisah siapa calon wakil rakyat di kawasan terbabit asalkan dia dapat menjalankan aktiviti perniagaannya.

"Akak tak kisah je yang mana-mana. Yang penting kita ok, berniaga ok, taka da kacau, ok je. Memang tak kisah siapa memerintah pun," katanya.

Sejak dua penggal lalu Sekinchan dipegang oleh DAP.

Pada PRU Ke-11 diadakan pada 2004, calon DAP Ng Swee Lim menang dengan majoriti 344 undi mengalahkan calon BN Chia Kim Leng manakala pada PRU ke 12, Swee Kim menang dengan majoriti tipis sebanyak 190 undi mengalahkan calon BN Puah Boon Choon.

Walauapapun, segala persoalan siapa bakal menerajui Sekinchan akan terjawab pada keputusan PRU ke-13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads