Ahad, 7 April 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


PECAH BERITA! Siapa Lawan Khalid Samad <b>Di Shah Alam</b>?

Posted: 28 Mar 2013 01:56 AM PDT


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat  sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga, Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Katanya, pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah Alam.
"Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia.
"Pengundi dah nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan kepimpinan PAS ketika dulu," katanya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.
Hasan Ali semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam.
Katanya, ini berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri.
Khalid dalam responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru.
"Saya yakin Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa.
"Nak tahu prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia," katanya yang berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua.
Munajat Selamatkan Malaysia
Sementara itu, dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengumumkan satu program Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu: Rakyat berhak tahu di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada Ahad ini.
Progran anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat itu menurut Johari diadakan bagi mengemukakan jawapan serta respon berhubung isu Lahad Datu yang
selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13.
Antara ahli panel forum ialah beberapa bekas pemimpin tertinggi anggota keselamatan; Leftenan Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksama Pertama (B) Imram Abdul Hamid, serta bekas ketua Cawangan Khas Sabah ACP (B) Mohd Yusoff Babjee.
Beberapa pemimpin Pakatan akan turut hadir berucap antaranya Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke Siew Fook.


SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013)

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013)

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013)

Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
Pulai atau Pontian - Salahuddin Ayub (belum disah dan diumumkan)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads