12 di sungai burong - Google Blog Search |
PR Janji Turunkan Harga Kereta Jika Ambilalih Putrajaya | PKM <b>...</b> Posted: 30 Mar 2013 12:00 AM PDT Tali Air 2 Ban 3, 30 Mac : Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kita berjanji akan menurunkan harga kereta bagi mengurangkan beban rakyat. Saya mempunyai pengalaman belajar di luar Negara dan berpeluang membeli kereta semasa di luar Negara. Harga kereta Malaysia yang dipasarkan di luar Negara jauh lebih murah berbanding harga yang dijual kepada rakyat Malaysia, kenapa ini berlaku?, soalnya. Sedangkan, katanya, sepatutnya sebagai pengeluar kereta, Proton contohnya, perlulah menjual kereta tersebut pada harga yang murah kepada rakyat Malaysia, bukannya meletakkan harga yang tinggi sebagaimana sekarang, katanya. Begitu juga soal kualiti kereta nasional, kereta yang dikeluarkan untuk pasaran luar dibuat mengikut piawaian antarabangsa dengan kualiti yang baik, sedangkan untuk pasaran tempatan rakyat diberikan dengan kualiti yang rendah tetapi terpaksa pula membayar dengan harga yang tinggi, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Kangsar, Perak itu. Semasa di luar Negara juga, saya telah membeli sebuah kereta berjenama Mercedes Benz dengan harga hanya RM15,000 jika dinilai dengan duit Malaysia. Selepas tamat belajar, saya membawa pulang kereta tersebut dan bertanya kepada penjual kereta terpakai berapakah nilai kereta tersebut. Mereka mengatakan harga pasaran kereta tersebut ialah RM100,000 lebih, katanya lagi. Mengapa jadi begitu? Kerana Kerajaan Malaysia telah mengenakan cukai yang tinggi, sebab itu harganya sangat mahal di Malaysia. Oleh sebab itu, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat untuk sama-sama kita membuat perubahan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Pentas Pemuda yang diadakan di Dewan Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong bersama dengan Naib Ketua DPP Negeri Selangor, Khairul Fahmi Mat Som, yang juga Penolong Setiausaha DPP Malaysia, sempena dengan program Karnival Baktisiswa DUN Sungai Burong. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan