Selasa, 30 April 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Idris Haron Calon Confirm Menang <b>di</b> N11 DUN <b>Sungai</b> Udang <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:39 AM PDT

Assakamualaikum wbt...

Syukur alhamdulillah ...

Keturunan kita berpisah tiada, " itulah perasaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron terhadap masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang  termasuk para pengundi pos yang akan mengundi Selasa  ini.
Menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ungkapan keramat itu, beliau berkata, pengakuan itu juga adalah detik hati terhadap penduduk berbilang kaum yang memberi undi kepada beliau untuk menang dengan majoriti besar sebagai calon BN bagi kawasan Parlimen Tangga Batu dalam PRU-11 pada 2004.
"Kepada saya, isteri dan dua anak saya, penduduk dalam kawasan Parlimen Tangga Batu sudah lama menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Keluarga kami adalah kembar kepada individu atau keluarga lain di kawasan Tangga Batu.
"Jadi, apabila timbul ura-ura saya akan diminta bertanding kerusi DUN kali ini, saya tidak membantah tetapi hati kecil saya tetap mahu kekal bersama masyarakat Parlimen Tangga Batu. Saya pun berdoa, tidak terkira banyaknya...  tidak kiralah kawasan mana tetapi harap-harap tetap dalam kawasan Tangga Batu juga," jelas beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Dan apabila disahkan akan bertanding di DUN Sungai Udang, beliau berdoa lagi. Kali ini doanya untuk melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana doanya dimakbulkan untuk untuk kekal bersama keluarga Parlimennya yang sudah hampir sepuluh tahun bersama.
"Tidak terkira gembiranya kerana penduduk Sungai Udang sudah tidak asing lagi bagi saya.Anggota tentera di Kem Sungai Udang dan Kem Terendak serta kakitangan Penjara Sungai Udang juga sudah saya anggap sebagai ahli keluarga saya. Begitu juga anggota polis," kata beliau yang merupakan seorang Askar Wataniah berpangkat Mejar (Kehormat).
Idris dengan tegas mengaku bahawa beliau memang memandang tinggi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan disiplin dan budi pekerti yang mulia terutama pasukan keselamatan yang bersedia untuk berkorban nyawa untuk melindungi masyarakat dan negara.
"Tiada ganti untuk disiplin. Jika ada disiplin, nescaya usaha kita akan berjaya dengan cemerlang...sama ada amalan agama, pendidikan mahupun kerjaya kita. Jika tiada disiplin, bukan saja usaha kita tidak berhasil, malah, mungkin menjadi halangan kepada kebaikan orang lain dan menjejaskan masa depan anak cucu kita," tegas beliau.
Malah, disiplinlah yang menghasilkan kejayaan kepada beliau untuk mendapat biasiswa belajar ke Amerika Syarikat, menjadi jurutera professional  bergelar jurutera profesional (Ir) serta menjadi Yang Dipertua termuda dalam sejarah negara pada 32 tahun di Majlis Daerah Alor Gajah pada tahun 2000.
Di sebalik tsunami politik yang melanda BN pada pilihanraya umum 2008, warga Sungai Udang tetap setia memberikan kemenangan besar dengan majoriti 8,005 undi kepada calon BN, Datuk Yaakub Md. Amin.  Sebagai membalas jasa mereka, kerajaan BN menyempurnakan banyak projek pembangunan di kawasan itu.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat termasuk pengundi pos di Sungai Udang menyokong beliau  sepenuh hati kerana kemenangan dengan majoriti yang lebih besar akan menjadi petunjuk kepada kerajaan bahawa mereka mahukan tambahan pembangunan yang lebih cemerlang.
"Majoriti yang besar akan memberitahu kerajaan, apa hasrat pengundi. Sebesar mana majoriti undi yang diberi untuk saya nanti, akan saya balas dengan berkali-kali ganda. Pendidikan, agama, rumah dan ekonomi adalah bidang  yang saya pentingkan," kata beliau yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Berusia usia 46 tahun dan mempunyai seorang isteri, Datin Wira Fadilah Abdullah, seorang anak lelaki Luqman Hakim ,20, penuntut jurusan komunikasi di Universiti Lim Kok Wing, seorang anak perempuan, 17,  yang belajar di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Idris dianggap seorang pemimpin yang muda tetapi berpengalaman luas di peringkat nasional dan antarabangsa.
Beliau juga dikenali sebagai individu yang tidak henti-henti mendesak anak muda supaya sentiasa mendampingi warga emas dan golongan yang kurang bernasib baik manakala isterinya dibimbing untuk menyelami jiwa serta kepentingan kaum wanita. Luqman sentiasa menyampaikan hasrat dan aspirasi golongan remaja lelaki sementara Amira kerap melahirkan aspirasi manja golongan remaja perempuan.
Kepada Idris, penduduk Sungai Udang termasuk anggota tentera, kakitangan penjara mahupun anggota polis yang bertugas di Melaka akan tetap menjadi anggota keluarganya walaupun mereka akan berpindah ke negeri lain atau bersara di kampung masing-masing.
"Saya tetap akan mengenali anda di mana juga anda akan berada selepas ini. Keturunan kita berpisah tiada. Saya mahu menjadi wakil rakyat yang berkesan bagi kawasan Sungai Undang. Terimalah saya," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads