Tahniah kepada gerak kerja Pas/PR Selangor.
Kemenangan calon Pas di Parlimen Sepang membuka lembaran baru politik Selangor
selepas PRU-13.
Kemanisan kemenangan Pas/PR ini adalah satu titik sejarah kerana selepas 56 tahun kemerdekaan, inilah kali pertama Pas berjaya mengambil peluang.Sepang sejak dulu dikenali sebagai kubu Umno.Ini juga kejayaan gemilang Pas Selangor kerana mendapat 15 kerusi DUN.
Walaupun Pas hanya menurunkan calon 'underdog' tetapi keputusan ini mencerminkan
sikap pengundi Selangor khususnya sudah meluat dengan janji janji dan tingkah laku pemimpin BN.
Najib terus diam dengan kekalahan yang boleh dikatakan agak besar di Selangor sehinggakan PR menguasai majoriti DUN 2/3.
Frustnya Najib (Ketua Perhubungan Umno Selangor) telah diterjemahkan dengan tidak ada langsung Menteri Kabinetnya dari Selangor.( how you doing Noh Omar?)
Maka benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Khalid Ibrahim dan Anwar serta Khalid Samad ,PRU-13 adalah PRU anak muda.Pengundi SALURAN 3,4 dan seterusnya sudah membayangkan PRU-14 lebih meriah dari PRU-13.Kita tunggu saatnya nanti.
Sebelum itu, SPR mesti dirombak dan diletakkan dibawah Parlimen.Semua penipuan SPR dalam PRU-13 harus diadili terlebih dahulu.Hapuskan Undi Awal dan Undi Pos.
Tiada menteri dari Selangor, manakala Johor hanya dua orang sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Malang datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.
Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komuniti.
Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh.
Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hantar isyarat
Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.
Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekaligus gagal mendapat 2/3 majoriti.
Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.
Pada kabinet Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).
Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri.
Melaka paling malang
Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.
Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam' Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.
Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan.
Pada pilihan raya umum tahun 2008, Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda.
Sabah, Perak pintas Johor
Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang).
Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.
Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999.
oleh Muda Mohd Noor