12 di bukit raja - Google Blog Search |
- Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b>
- BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search
- Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan <b>...</b>
Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b> Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran. Pembinaan projek perumahan itu dijayakan dengan kerjasama pemilik hartanah, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri dan Sime Darby bagi pembinaan projek perumahan ini. Sebelum ini, 76 bekas pekerja tersebut memnuntut rumah teres daripada majikan mereka kerana rumah asal yang dijanjikan kepada mereka tidak sesuai. Kumpulan itu akhirnya terpaksa membawa kes mereka ke mahkamah. "Rumah ini dijual kepada bekas pekerja ladang dengan harga RM 70,000 iaitu diskaun RM 7,000 dari harga asal RM 77,000. Untuk makluman harga pasaran sebenarnya ialah RM 250,000. "Biarpun ada masalah pada awalnya termasuk kes mahkamah tetapi ia dapat diselesaikan dan semua 76 bekas pekerja ladang ini akan memiliki rumah mereka. "Semua mereka juga sudah memilih nombor lot rumah untuk diduduki," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan di Bandar Bukit Raja di sini hari ini. Bagi bekas pekerja ladang yang lanjut usia, beliau menambah, Kerajaan Negeri membolehkan mereka menamakan pewaris di dalam dokumen perjanjian bagi mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan. Katanya, projek itu juga adalah salah satu dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Sime Darby. "Sime Darby turut menyediakan kawasan bagi padang permainan dan dewan di kawasan ini. "Dalam lima tahun ini kita telah selesaikan banyak kes seperti ini di beberapa kawasan lain seperti di Semenyih dan Kajang," katanya. Pendapat Anda | |
BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search Posted: 08 Feb 2013 11:34 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan <b>...</b> Posted: 06 Jan 2013 02:47 AM PST BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial. Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam. "Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya. "Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam. "Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini. Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang. Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged. Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan. Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad. Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera. Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di bukit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan