Isnin, 1 April 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


AIDC » Khalid Jaafar, Calon PKR <b>Hulu Selangor</b> Beri Petunjuk Baru

Posted: 26 Feb 2013 12:28 AM PST

AIDCNews – 26/02/13 – Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar) dicalonkan menjadi bertanding di parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman nama Khalid dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

"Saudara Khalid Jaafar ini lama dengan saya. Dia dulu adalah wartawan di Berita Harian. Kemudian jadi Setiausaha Akhbar saya sejak saya jadi menteri.

"Jadi saya tengok, untuk kita tonjol seorang tokoh di sini. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan, supaya dia jadi calon di Parlimen Hulu Selangor," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan berdepan dengan penyandang kerusi tersebut, P Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Menurut Anwar, beliau amat memahami pemikiran Khalid yang disokongnya sebagai seorang yang layak bertanding di kawasan parlimen itu.

Khalid bersama badan pemikir Anwar, IKD sering disebut-sebut sebagai 'pelaksana' agenda Islam Liberal di Malaysia.

Pada Pilihanraya Umum ke-12, Khalid pernah bertanding di parlimen Bukit Katil, Melaka, namun tewas di tangan calon BN.

Pemindahan Khalid ke Selangor memberikan satu petunjuk baru bahawa 'orang-orang kepercayaan Anwar' hampir kesemuanya bakal dikerah berkumpul di negeri itu.

Ini mengukuhkan lagi desas desus sebelum ini bahawa Anwar sendiri bakal berpindah dari Permatang Pauh ke mana-mana parlimen di Selangor yang jumlah pengundinya hampir setara antara Melayu dan bukan Melayu.

Parlimen <b>Hulu Selangor</b> hak MIC ABN News | BM

Posted: 12 Mar 2013 12:02 AM PDT

P.Kamalanathan

Oleh Yuogawathy Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com)

Kerusi Parlimen Hulu Selangor Milik Kongres Kesatuan India Malaysia, MIC, kata penganalisis politik Anbumani Balan.

Katanya, "Hulu Selangor tetap milik MIC.  Ia dimenangi melalui pilihan raya kecil di kawasan itu."

"MIC tidak akan memandang remeh  soal melibatkan kerusi Hulu Selangor dan akan tetap mempertahankan hak tersebut".

Anbumani berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai kenyataan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang menyatakan wanita Umno akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik  jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Tambah Sharizat lagi perkara ini juga akan dicadangkan kepada pucuk kepimpinan tertinggi, Barisan Nasioanal setelah melancarkan  Program Sentuhan Medik", di Taman Desa, Ulu Yam, Batang Kali pada Isnin.

Sambil mengulas kenyataan Sharizat,  Anbumani juga mengkritik tindakan Bekas Menteri itu tidak menunjukkan profesionalisme  kerana soal kerusi dibincang di tempat yang tidak sepatutnya dibincangkan.

"Hal seperti ini, soal kerusi dan sebagainya ada tempat yang khas untuk dibincangkan."

"Ia tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka, terutamanya kini apabila kita sedang menghampiri pilihan raya pada bila-bila masa.", ujar beliau.

Tambah Anbumani, mesyuarat Pengurusan Barisan Nasioanal yang diadakan setiap bulan merupakan platform terbaik bagi ketua wanita itu menyuarakan pandangan beliau malah apabila pendapatnya dinyatakan secara terbuka sebegini ia akan menyebabkan tekanan kepada parti komponen yang lain dalam menangani isu yang bakal dibangkitkan kemudiannya.

"Isu yang melibatkan senarai calon dan pemilihan kerusi terletak dibawah keputusan muktamad Perdana Menteri."

"Setakat hendak meyatakan pendangan pun ada cara tertentu dan ia perlu diikuti".

"Ketua bahagian mahupun pemimpin hari ini perlu peka akan formula untuk menang bukan formula memilih kerusi", katanya.

Dalam pada itu, P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor ketika dihubungi ABN News tengah hari Selasa berkata, Sharizat selaku Ketua Wanita Umno mempunyai hak untuk meminta apa yang diperlukan bagi bahagian wanita namun keputusan muktamad terserah pada Perdana Menteri.

"Sharizat hanya minta salah satu kerusi DUN daripada tiga di Parlimen Hulu Selangor untuk wanita Umno."

"Itu hak beliau untuk minta apa yang beliau hendak."

"Walauapapun apabila keputusan muktamad dibuat oleh Najib kita perlu terima dan berusaha untuk kemenangan parti di kawasan itu"

"Akhirnya kita perlu menang, itu yang penting", kata Kamalanathan.

P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti undi sebanyak 1,725  pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 berikutan kematian penyandang, , YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Sahabat-Gunung: Pemuda BN <b>Hulu Selangor</b> Sudah Bersedia <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 03:48 AM PST


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor perlu mewujudkan kesepaduan jentera penuh siapsiaga menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Hj Mohamed Idris Abu Bakar, berkata, peranan jentera pemuda amat besar bagi membantu Selangor membetulkan 'papan kekunci' (mother board) yang rosak pada 2008 dalam pilihan raya umum ke-12.
 "Bangunkan pemuda sederap seirama di seluruh kampung dan bandar mengerakkan jentera bagi memastikan BN kembali merampas kuasa di Selangor.
"Mother board kita yang rosak sudah dibaiki sepenuhnya dan mampu menang kembali di negeri tercinta ini," katanya ketika berucap semasa program  Pelancaran  Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung petang Ahad.
Lebih 500 pemuda BN hadir dalam program ini. Hadir sama Ahli Parlimen  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim,  Engku Salleh Engku Jamal, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Selangor, Mahmud Karim.
Mohamed Idris berkata, beliau yakin Parlimen Hulu Selangor mampu mengekalkan kerusinya yang dirampas daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil pada 2010 lalu dan juga terus mengekalkan tiga kerusi DUN.
Katanya, sudah tiba pemuda menggerakkan 'bala tentera' dalaman BN untuk berkerja keras dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Sementara itu, Engku Salleh, berkata, pemuda perlu mewujudkan dua gerak kerja baru iaitu bahagian poster dan jentera skuad bermotor dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, beliau optimis bahagian Hulu Selangor mampu menjadi kubu kuat BN di Selangor.
"Saya menyarankan pemuda terus bangkit dan melakukan kerja yang terbaik demi kemenangan BN di Selangor. Marilah perkasa BN bemula sekarang tanpa menunggu arahan pihak atasan," katanya.
Manakala Mahmud berkata, kejayaan mengumpul ramai Pemuda BN di Hulu Selangor membuktikan mereka mempunyai semangat daya juang yang tinggi menghadapi pilihan raya.
Katanya, mereka bersedia membantu 4 calon bakal bertanding di Hulu Selangor nanti bagi memenangi kerusi masing-masing.
"Saya sudah berjumpa dan mengarahkan jentera yang dilantik memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kemenangan bergaya dalam pilihan raya. Usahlah mewujudkan polemik dan masalah dalaman parti. Kita mampu bangkit membetulkan kesilapan lalu demi Selangor tercinta," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads