Isnin, 1 April 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Khalid Samad Sedia Lawan Hasan Ali <b>Di Shah Alam</b> | MyNewsHub

Posted: 28 Mar 2013 12:38 AM PDT


SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad mengalu-alukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya beliau yakin mampu mendapat sokongan pengundi.

Malah katanya, keputusan sama ada Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk bertanding di kerusi berkenaan atau tidak juga boleh menjadi kayu ukur bagi membuktikan kekuatan sokongan yang diuarkan-uarkannya sebelum ini.

"Kalau beliau kuat datanglah (bertanding) di Shah Alam. Itu hak beliau untuk bertanding di mana sekalipun," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Hasan yang mendakwa menerima saranan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan ulama PAS agar bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.

Bagaimanapun Hasan yang kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU akan datang ataupun tidak termasuk status kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Khalid bagaimanapun sangsi dengan hasrat Hasan untuk bertanding di Shah Alam terutama sekali berhubung parti yang akan diwakilinya nanti.

"Saya pun tak tahu beliau nak bertanding wakili parti mana. Adakah BN (Barisan Nasional) nak bagi peluang kepadanya? Saya rasa beliau kena tanya Ketua Umno Bahagian Shah Alam dahulu untuk mendapatkan restu.

"Ataupun beliau nak bertanding atas tiket bebas dengan tujuan memecah undi supaya PAS kalah? Itu saya tak pasti…kita juga nak tahu ahli PAS mana yang masih sokong beliau seperti yang selalu didakwanya itu," katanya.

Pada PRU 2008, Khalid mengalahkan calon daripada BN iaitu Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Beliau memperoleh 33,356 undi berbanding lawannya yang menerima 24,042 undi. – mStar Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> - KeadilanDaily.com

Posted: 18 Mar 2013 08:34 PM PDT

SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran Cendekia dalam kampus berkenaan.

Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM kira-kira jam 9.15 malam tadi.

"Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus.

"Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini.

"Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut ditahan," katanya.

Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM Shah Alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47756

Konvensyen Pakatan Rakyat <b>di Shah Alam</b> | Dr Mujahid Yusof Rawa

Posted: 26 Feb 2013 05:04 AM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam | Dr Mujahid Yusof Rawa

25 Feb – Mujahid telah menyertai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam yang bertujuan untuk membentangkan Manifesto Pakatan Pakatan Rakyat dengan bertemakan PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Kesepakatan antara pimpinan utama Pakatan Rakyat

Kesepakatan antara pimpinan utama Pakatan Rakyat

PAKATAN HARAPAN RAKYAT. Impian Rakyat Malaysia

PAKATAN HARAPAN RAKYAT. Impian Rakyat Malaysia

Bersama penyanyi tersohor, Ito Blues Gang."Lagunya ubah lebih mudah difahami dari ceramah kami yg berjela-jela. Kami kawan sejak 1998 lagi di Melaka. Beliau pernah muncul konsert pertama anjuran Pas di Merlimau", ujar Mujahid

Bersama penyanyi tersohor, Ito Blues. "Lagunya ubah lebih mudah difahami dari ceramah kami yg berjela-jela. Kami kawan sejak 1998 lagi di Melaka. Beliau pernah muncul konsert pertama anjuran PAS di Merlimau. Tahniah!

http://drmujahid.com/wp-content/plugins/header-slideshow/resources/

http://drmujahid.com/wp-content/plugins/header-slideshow/resources/header-image-links.xml

3000

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads