12 di ampang - Google Blog Search |
Komitmen semua pihak perlu untuk selesai krisis air <b>di Ampang</b> <b>...</b> Posted: 29 May 2013 12:27 AM PDT Masalah air di Ampang seperti tiada penghujungnya. Dalam satu pertemuan bersama dua pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada 23 Mei lepas, kami di maklumkan satu dari pam di rumah pam Wangsa Maju trip kerana tidak mampu menampung bebanan kerja. Kapasiti pam hanya mampu mengeluarkan 180mil liter tetapi penggunaan air telah meningkat ke 230mil liter sehari mengakibatkan pam trip dan gangguan bekalan air belaku. Oleh itu, Pejabat Ahli Parlimen menyarankan agar bekalan air dikekalkan pada kapasiti 180 walaupun ianya dalam tahap tekanan yang rendah namun akan dapat salurkan air pada keseluruhannya. Kami juga dimaklumkan bahawa pihak Syabas dan Kerajaan Persekutuan telah pun bekerjasama untuk menambahbaik rumah pam di Wangsa Maju. Difahamkan, kos perbelanjaan rumah pam tersebut menelan belanja RM11.5 juta di mana Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan RM8juta dan selebihnya ditanggung pihak Sybas. Kerja-kerja itu dijangka selesai dalam tempoh 9 bulan. Langkah ini perlu diambil sementara menunggu siapnya pembinaan Rumah Pam Wangsa Maju Baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Difahamkan pelan rekabentuk itu sedang dalam proses penglulusan. Rumah pam baru dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dijangka siap pada tahun 2015. Dengan terbinanya Rumah Pam Wangsa Maju yang baru ini, masalah air kawasan terbabit dapat diatasi. Pun begitu, Kerajaan Negeri pula patut mempunyai rancangan jangka pendek untuk menangani krisis air ini. Pelan jangkapendek hendaklah diatur supaya bekalan air bersih kepada penduduk terjejas. Ini termasuk menyediakan lebih banyak tangki statik tetap terutamanya di kawasan flat kos rendah yang terlibat. Jika Syabas tidak mempunyai cukup tangki, adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakannya. Sementara itu, kami merayu kepada rakyat agar berjimat-jimat dalam penggunaan air untuk kesejahteraan rakyat Ampang Jika setiap orang dapat menjimatkan 50 liter air sehari. Ia mampu dicapai kerana 50liter tidak banyak. Sekadar 10 botol air mineral 5liter yang sering kita beli dikedai-kedai dapat membantu menggurangkan penggunaan air dan mengelakkan gangguan bekalan air di kawasan kita. Kami berharap semua pihak yang terlibat komited menangani isu air ini. Kerajaan Negeri dan Syabas hendaklah memainkan peranan agar rakyat tidak lagi menjadi mangsa. Air adalah keperluan asas dan ia tidak seharusnya dipolitikkan dan rakyat dikambing hitamkan. Zuraida Kamaruddin Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52789 |
KEKOSONGAN JAWATAN <b>DI</b> KOLEJ ISLAM AS-SOFA, <b>AMPANG</b> Posted: 28 May 2013 01:21 AM PDT 1 Pensyarah Al-Quran DG41 *Syarat Kelayakan Mempunyai Syahadah Al-Quran 2 Pensyarah Usuluddin DG41 3 Pensyarah Syariah DG41 4 Pensyarah Teknologi Maklumat DG41 5 Pensyarah Bahasa Kebangsaan & Pengajian Malaysia DG41 KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN - Pengambilan Segera - Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang dipohon Sila hantarkan resume selewat-lewatnya sebelum 30 MEI 2013 ke alamat seperti dibawah : PENDAFTAR Kolej Islam As-Sofa, Ampang Jalan 16A Desa Permai, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Tel: 03-42664408 Fax: 03-42665408 Emel : admin@assofacollege.edu.my |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan