Rabu, 8 Mei 2013

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 07:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BERSAMA MAZIDUL: &#39;ISTANA&#39; ACIT

Posted: 16 Mar 2013 11:27 PM PDT

Perhatikan kawasan penempatan di Desa Temuan,  Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. 
Gambar di atas saya rakamkan tatkala berkunjung ke kolam memancing ikan di kawasan agak tersorok itu. 
Terasa pelik, bagaimana kolam memancing beroperasi di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi, buat sekian lama.  Kini kolam itu, majoriti dikendalikan oleh pekerja berasal dari Bangladesh terbabit telah dipagar.
"Siapa tinggal di pondok itu?," soal saya kepada pekerja.
Kami memandang ke arah pondok usang di luar kolam memancing diusahakan oleh peniaga Cina.
"Acit, orang Asli, saya tengok dia tinggal di situ, kira-kira empat tahun," balasnya.
Ketika itu saya terlihat kelibat lelaki berambut unik mundar-mandir di pondok sempit itu.
"Farid, tolong dapatkan maklumat sedikit," pinta saya.
Mohd Farid Hamzah, rakan, juga anak anggota polis  dan kini menetap di Kota Damansara. Sikap peramahnya, tentu berguna untuk mencungkil maklumagt sebenar.
"Nama saya, Jamaludin Jantan atau Acit, lahir pada tahun 1960 di sini, Kampung Bukit Lanjan. Emak saya dahulu dapat rumah banglo tetapi selepas dia meninggal dunia, adik saya dan keluarga dia tinggal di rumah itu," kata Acit.
"Mengapa tidak tinggal bersama mereka?," soal Farid.
"Budak ramai, anak adik. Bising. Jadi saya membina pondok ini," balasnya.
Acit, anak kedua daripada empat beradik dan kini tinggal bersama 8 ekor anjing peliharaannya.Semua anjing ditempatkan di ruang bawah pangkin tempat Acit meletakkan selimut dan beberapa barang miliknya.
"Kalau malam, Acit  tidur di mana?," celah saya.
"Kekadang tidur di atas pangkin ini tetapi panas, jadi saya tidur di atas pasir di luar. Sambil berbaring, boleh melihat bulan dan bintang, tenang fikiran," balasnya.
Acit bukan beragama Islam.
"Kalau masuk Islam, ada juga orang datang membantu, bagi duit. Masuk Kristian pun samalah," jelasnya.
Menjelang Pilihan Raya ke-13, Acit meluahkan komennya sambil direkodkan oleh Farid menggunakan perakam audio Sony.
"Kena pilih yang sebelum inilah," ujarnya.
"Barisan Nasional?," tanya Farid.
Pakatan Rakyat, PR  memerintah Selangor, sejak kira-kira 5 tahun lalu. Jika pemimpin Barisan Nasional atau PR ingin mengetahui rasionaliti di sebalik kenyataan itu, molek jika mereka mengunjungi Acit dan bertanya sendiri dengannya.
"Makan apa hari ini?," soal saya.
"Ini, ikan. Ada orang bagi tadi, saya masak. Nasi tidak ada," katanya.
Menurut Acit, sebelum ini dia bekerja di kilang, kini mencari barangan lusuh, sepeti besi terpakai.
"Kalau rajin boleh dapat juga di antara RM20 dan RM30 sehari, kekadang RM6 sahaja. Bolehlah, lagipun  saya masih bujang. Itu di belakang, kebun saya," katanya.
Apapun cerita di sebalik kehidupan Acit, 'istana' dibinanya dipamerkan secara semulajadi kepada masyarakat.
YB ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mungkin tidak pernah ke lokasi itu kerana agak jauh dari jalan utama.
Jika orang YB sudi mendekati Acit, jelaskan sekali, bagaimanakah kolam mamancing ikan dibenarkan beroperasi di bawah kabel bervoltan tinggi itu. Pada masa sama, papan tanda Tenaga Nasional Berhad dipacakkan di lokasi sama hanya menjadi hiasan rumah pekerja warga asing.

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:20 PM PDT

Pada 27 April yang lalu, satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran guru besar Pn. Hajah Nur Ma binti Baharom dan Penolong Kanan HEM Pn. Rosnani binti Mohamed Arus telah diadakan di Dewan Mini SK Bukit Lanjan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PIBG En. Norazman Jamalim dan juga barisan AJK PIBG SK Bukit Lanjan. Pn. Hajah Nur Ma telah bertukar ke SK Bandar Sri Damansara 3 dengan menjawat jawatan guru besar juga manakala Pn. Rosnani bertukar ke SK Damansara Damai 1 dengan memegang jawatan PK HEM. Majlis diselubungi dengan rasa sayu memandangkan Pn. Nur Ma telah berkhidmat di SKBL dengan gigih selama hampir 5 tahun. Pn. Rosnani pula tidak jemu-jemu menabur bakti kepada masyarakat beliau iaitu Orang Asli Bukit Lanjan selama hampir 23 tahun lamanya. Mereka berdua telah menaikkan nama SK Bukit Lanjan sehingga dikenali ramai melalui pencapaian akademik dan kemenjadian muirid. Seluruh warga SKBL akan merasa kehilangan mereka berdua dan berharap mereka akan lebih berjaya meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Budi dan jasa mereka akan senantiasa dikenang.

Dari Daik pulang ke Daik,
Pagi-pagi menebang pisang.
Budi baik dibalas baik,
Akan sentiasa dikenang orang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads