Khamis, 9 Mei 2013

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Water Theme Park Resort

Posted: 15 Mar 2013 07:36 AM PDT

Kalau korang baca tajuk entri ini mesti semua ingat saya bercuti ke Gold Coast Australia kan…

Sebenarnya… Percutian ke Gold Coast Morib, Selangor jer… Tak jauhpun dari Kuala Lumpur, cuma sama nama sahaja. Saja buat tajuk macam tu…hehe.

Kali ini saya nak kongsi pengalaman bercuti di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort, Selangor. Ini bukan percutian dirancang.

Kebetulan syarikat event milik keluarga saya menguruskan satu event makan malam disana. Kira sambil kerja dan bercutilah ni. Entri akan datang saya akan ceritakan mengenai event tersebut. Nantikan yer…

Gold Coast Morib Water Theme Park Resort

Gold Coast Morib Water Theme Park Resort

Gold Coast Morib Water Theme Park Resort terletak di sepanjang pinggir laut Selat Melaka di Kuala Langat, pantai berpasir yang terdekat di hujung selatan Selangor.

Kurang daripada 1 ½ jam memandu dari Kuala Lumpur.

Luas Gold Coast Theme Park rasanya boleh menampung lebih dari seribu pengunjung. Rasanya ramai yang dah pernah bercuti ke Gold Coast Morib resort ni kan.

Anak Sedara di Gold Coast Morib Resort

Saya pernah tinggal disana dulu. Kiranya salah satu kampung halaman saya juga. Saya bukan orang Jawa ya. Kenapa saya kata begitu, sebab daerah Banting memang ramai orang Jawa.

Keluarga saya berketurunan "Urang Awak". Orang Minang ni rajin meniaga tau… ;)

Dulu dan sekarang memang banyak perbezaan. Dahulu pantai Morib, Banting agak tidak terurus. Sekarang kerajaan dah naikkan bandar Banting.

Pantai pun cantik, kemudahan dan tempat makan pun banyak.

Shieda dan Adam di Gold Coast Morib resort

Apa yang saya tahu serba sedikit, pemilik Gold Coast Morib Water Theme Park Resort adalah seorang Cina tempatan yang dahulunya adalah usahawan kecil yang berniaga ikan.

Menurut kata saudara saya yang mengenalinya, beliau sehingga sekarang masih menguruskan perniagaan yang sama. Mungkin dia dah tak tangkap ikan lagilah, namapun tokeykan…hehe.

Bayangkan seorang usahawan kecil mampu memiliki sebuah resort yang berjuta-juta nilainya.

Itulah rezeki orangkan. Rajin berusaha, tak kenal putus asa, bijak dan sentiasa sabar. Tidak mustahil akan berjaya.

Adam Landing Atas Katil

Tempat Penginapan di Gold Coast Morib

Kalau Gold Coast Bagan Lalang ada chalet tetapi berbeza dengan di Morib. Gold Coast Resort Morib berkonsepkan servis apartment. Terdapat beberapa jenis bilik.

Bermula dari…

  • Suite Studio dengan jakuzi peribadi.
  • Pangsapuri 2 & 3 bilik.
  • Penthouse.

Ketika disana kami tinggal di Suite Studio. Keadaan bilik memang cantik. Mengadap water theme park dan laut, tenang sahaja.

Design bilik berkonsep moden kontemporari. Kemudahan sama seperti hotel juga.

Lihat gambar diatas. Menarikkan…

Adam dan Sepupu di Gold Coast Morib Resort

Kemudahan di Gold Coast Morib Resort

Kemudahan lain termasuk sebuah amphitheater, gym, kolam renang, coffee house, internet cafe, kedai runcit, dewan bankuet dan kawasan meletak kereta yang luas.

Gold Coast Morib resort adalah antara satu tempat percutian berkonsepkan theme park yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Pantai morib pun bersih, cantik dan terjaga rapi.

Di kawasan pantai terdapat gazebo yang yang sangat menarik dan tersusun rapi. Kalau malam lagi nampak cantik sebab rasa macam duduk terapung atas air.

Pelbagai aktiviti keluarga boleh diadakan disana. Gathering, family day, BBQ dan macam-macam lagi.

Gazebo Gold Coast Morib Resort

Kalau korang penat boleh juga pergi ke Spa. Masa anak-anak dah tidur, bolehlah rehatkan badan.

Apa salahnya sekali sekala manjakan diri sendiri. Pada encik suami bagilah peluang cik isteri yang 24jam menguruskan rumah tangga untuk rest and relax.

Penat tau jaga anak, memasak dan kemas rumah. Dapat urut, ringan sikit sakit badan dan tulang, betulkan…huhu. Tak silap saya waktu operasi dari jam 10.00am – 1.00am.

Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik yang ada di negaraku tercinta ni. Saya sendiri masih belum habis lagi jelajah tempat-tempat percutian yang ada di Malaysia ni.

Akma dan Adam di Gold Coast Morib Resort

Keseronokkan bercuti di luar negara agak berbeza dengan negara kita sendiri. Dinegara luar kita dapat melihat perbezaan budaya dan agama.

Dinegara kita sendiri dapat melihat keindahan yang masih segar dan menarik yang mungkin kita sendiri merasa amat kagum sekaligus merasa bangga tinggal di Malaysia. :)

Hendak bercerita banyakpun tak boleh kerana waktu saya disana sungguh singkat. Anda rasailah pengalaman bercuti di Gold Coast Morib resort tu sendiri ya.

Saya berharap perkongsian percutian singkat saya di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort dapat memberi panduan untuk mengatur percutian anda bersama keluarga. Cubalah ya ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads