12 di rawang - Google Blog Search |
Melawat Adlan dan Huda <b>di Rawang</b>. | From Abah With Love Posted: 22 Apr 2013 02:58 AM PDT Isnin 22 April 2013 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1434H (112 /2013) Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat subuh. Tidur di bilik. Tiba di rumah jam 1 petang. Kereta Kancil masih ada di porch. Anis masih belum pulang ke UPM Serdang. Anis sedang mandi di bilik atas. Abah mandi dan bersiap. Pilih baju Melayu merah. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor. Waktu ini Mamanya memasak di dapur. Balik ke rumah. Makan nasi bersama Mamanya. Menonton drama TV3 sehingga jam 4.15 petang. Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat asar. Pergi dengan motosikal. Jual Monitor Komputer Adlan telefon dari Rawang. Minta bantuan Abah hantar satu monitor komputer ke pembeli. Pembeli akan tiba dan tunggu dekat stesen LRT Setiawangsa. Waktu itu jam 4.15 petang. Monitor ad atas meja di ruang tamu brsama barang barang lama yang di kupul Adlan terdahulu. Bawa monitor denga kereta Waja ke lokasi berhampiran stesen LRT Setiawangsa. Tunggu bawah jejantas landasan LRT. Pembeli tiba dengan van dari arah belakang kereta Waja. Selepas dapat panggilan telefon, nampak van di belakang kereta Waja. Segera keluar dan berjumpa pemuda berbahasa Melayu loghat Indonesia. Tunjukkan monitor dalam kereta.Beliau keluar RM40. Abah minta beliau ambilkan monitor keluar dari kereta. Perlu solat asar. Pergi ke Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa. Letak kereta Waja di kawasan letak kereta yang jauh. Waktu ini kedengaran Imam masjid membaca doa selepas solat asar. Tidak sempat solat asar berjemaah. Nampak seorang pelajar sekolah agama bersampin merah masuk solat dalam dewan masjid. Ikut solat berjemaah bersama beliau dan masbuk. Beli dua keping apam balik bersaiz kecil di gerai luar masjid. Seringgit dapat 2 keping. Tiba di rumah dan masuk kereta Waja ke porch rumah. Minum petang. Azfar tiba di rumah seorang. Balik dari pejabat. Azfar makan sebiji apam balik. Abah makan yang lagi satu. Ada roti canai sekeping yang di beli pagi tadi. Abah habiskan roti canai. Nauwar datang dan minum the secawan. Mamanya suruh Azfar menontn drma di saluran Ria tajuk 'Adam & Hawa'. Di Masjid Ansar Letak motosikal seperti biasa di khemah berhampiran serambi masjid. Masuk dewan masjid. Bertegur sapa dengan Hj Abas, bapa merua Tomok. Solat maghrib. Solat sunat. Nampak Ustaz Sharul Nizam ambiltempat untuk ceramah agam selepas maghrib. Aah bangun dan keluar dewan. Pergi ke belakang dewan. Nampak seorang AJK Hj Hassan tepi tangga lalun utama masjid bersama seseorang. Nampak wanita bertelekong. Nampak seorang perempuan keluar dari dewan dan bercakap dengan Hj Hassan. Apabla di perhati, baharu kenal wajah wanita ini. Ahli Parlimen nama Zuraidah. Di depan lobi masjid, nampak 3 orang lelaki. Apabila di perhatikan orang ini adalah pengiring untuk ahli politik ini. Nampak SUV putih membetul kedudukan depan lobi masjid. Zuraidah keluar dari serambi masjid terus masuk ke kereta SUV putih. Semua dari kumpulan ini beredar keluar dari Masjid Ansar. Ustaz Sharul sudah mulakan ceramah, Abah ambil tempat dan duduk dekat pintu utma masjid. Selepas solat isyak, pulang ke rumah. Nampak kereta Myvi merh jambu kepunyaan Azfar masih berada depan rumah. Di rumah Mamanya bersiap untuk makan malam. Nauwar duduk di study room guna internet. Makan nasi seorang di meja makan di dapur. Nauwar ikut samam makan nasi dengan lauk ayam masak kicap. Sebelum naik tidur, Azfar pesan minta Abah isi petrol kereta Perodua Myvi merah jambu pagi esok. Kunci kereta diletak atas meja makan di ruang tamu. Tengah malam, Abah letak beg plastik mengandungi sampah dapur di luar rumah dekat tong sampah di tepi jalan. |
You are subscribed to email updates from di rawang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan