Isnin, 6 Mei 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Bilik gerakan BN <b>di Sekinchan</b> dibaling bom petrol ABN News | BM

Posted: 24 Apr 2013 01:59 AM PDT

SHAH ALAM – Bahagian depan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan terbakar, dipercayai dilempar dengan dua bom petrol, pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor, SAC, Hasanuddin Hassan, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung pada 4 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada pemilik bangunan yang didirikan di atas tanah persendirian.

Jelasnya, kebakaran tidak serius cuma beberapa peralatan milik BN seperti bendera dan banner turut terbakar namun tiada sebarang unsur pecah masuk dikesan di bangunan berkenaan.

Siasatan polis, katanya mendapati ada unsur khianat apabila terdapat dua botol kaca yang dipercayai diisi petrol di tempat kejadian.

"Kemungkinan pihak terbabit hanya lalu di depan bangunan dan baling bom petrol itu, memandangkan  jarak antara bangunan dengan jalan raya adalah empat meter sahaja," katanya pada sidang media di sini. hari ini.

Hasanuddin berkata, tiada saksi yang melihat aktiviti mencurigakan sebelum kejadian itu dan hingga kini tiada tangkapan dibuat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads