Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, kumpulan itu yang disifatkan sebagai ganas dan kejam menyasarkan kedai serbaneka 24 jam dan rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk memecah masuk.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan selepas melakukan samun bersenjatakan parang ke atas sebuah hotel di daerah ini yang dilakukan empat anggotanya pada 9 Februari lalu.
"Susulan laporan mangsa, kami menubuhkan pasukan khas bagi menjejak kumpulan ini yang turut mencederakan mangsa ketika menyamun.
"Hasilnya, enam lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara pada 12 Februari lalu bersama sebuah kereta curi dan senjata parang yang disembunyikan dalam kenderaan itu," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke-206 di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini, semalam.
Dalam majlis kali pertama diraikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu, seramai 37 anggota dan pegawai dari lima balai polis menerima sijil penghargaan atas perkhidmatan cemerlang. Katanya, dua lagi anggota Geng Pachai ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) di Saujana Utama selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada 19 Mac lalu.
"Pemeriksaan mendapati kedua-duanya baru saja melakukan jenayah samun dan rogol serta mereka dalam perjalanan untuk melarikan diri ke tempat persembunyian.
"Hasil soal siasat mendapati mereka anggota kumpulan Geng Pachai yang banyak melakukan jenayah di daerah ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan