12 di sungai buloh - Google Blog Search |
FauziahSamad.com: TEMPAYAN <b>DI</b> BANDAR BARU <b>SUNGAI BULOH</b> Posted: 15 Feb 2013 09:04 AM PST Kjee suka sangat kalau nampak restoran Melayu yang guna nama Melayu. Tak kesahlah kalau diletak nama Restoran Air Tangan Bonda, Restoran Bapakku (serius ada Kjee nampak tapi lupa kat mana), Cengkih, Asam Garam, Kuali dan sebagainya. Yang terbaru yang Kjee baru nampak di Bandar Baru Sungai Buloh ialah Tempayan. Buka belum sampai sebulan. Mula2 signboard restoran tu naik sebelum dibuka, Kjee ingatkan restoran mamak atau Pakistan. Maklumlah sekarang kan kedai mamak/Pakistan ada buat roti tempayan aka tandoori. Dah banyak kali Kjee nak singgah Restoran Tempayan tapi tak jadi sebab susah nak dapat parking. Intai dari dalam kereta, nampak restoran tu penuh jer. Tapi beberapa hari lepas, nasib Kjee baik. Nadia pergi dinner dengan staff Bank Rakyat. So dia tumpang salah seorang kawannya yang tinggal berhampiran restoran itu. Kjee janji jemput dia dekat2 situ. Dan kebetulan malam tu, terdapat banyak parking depan Restoran Tempayan. Restoran pun nampak lengang. Apabila sampai, waiter datang beri menu. Kjee tengok menu. Ada macam2 makanan. Kebanyakkannya ala Thai dan harganya amat berpatutan. Malah lebih kurang sama dengan gerai2 ala Thai kat Sungai Buloh. Tapi yang menariknya mengenai restoran ini ialah hiasan dalamnya. Hiasan ibarat sebuah rumah kampung yang berasaskan ukiran kayu. Dan semestinya, terdapat banyak tempayan2 yang besar dan kecik diletakkan di beberapa sudut restoran itu. Kjee dan UnclePali taklah lapar sangat. Masa minum petang, kami dah makan biskut. So Kjee order Mihun Siam sebab memang teringin sangat nak makan sebab dah lama tak buat. UnclePali seperti biasa, order Nasi Goreng Kampung. Kemudian Kjee ternampak pulak dalam menu Sotong Goreng Kunyit dan Sambal Udang Petai. UnclePali angguk saja apabila Kjee tanya samada nak try ke tidak. Makanan begitu pantas sampai ke meja kami. Kjee tidak pasti samada sebab masa itu customer belum ramai atau restoran itu mempunyai ramai tukang masak. Makanan yang kami order memang tidak mengecewakan. Dengan harga yang hampir sama dengan gerai tetapi dalam suasana yang cukup selesa, Kjee akan ke sana lagi, Insya Allah. Kjee tanya waiter samada taukenya orang Kelantan. Katanya tauke orang kawasan itu. Orang Kuang. Dan semasa kami menikmati jamuan, tetiba ramai customer berpusu2 masuk. Alhamdullilah. Harap2 bisnes maju dan bertahan lama. Suasana dalam restoran elok untuk diadakan majlis2 pejabat, perjumpaan keluarga dan yang sewaktu dengannya. Kjee nampak ada juga ruang khas untuk mereka yang datang dalam kumpulan. |
You are subscribed to email updates from di sungai buloh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan