12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
Adun <b>Tanjung Sepat</b> garis 5 perancangan untuk rakyat | :: cina islam <b>...</b> Posted: 08 May 2013 11:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat Ir Mohd Haslin Hassan yang berjaya menewaskan dua calon iaitu BN dan bebas dalam PRU13, telah menggariskan lima perancangan yang perlu diusahakan untuk rakyatnya. Haslin yang merupakan seorang jurutera profesional berusaha membantu membangunkan generasi muda dengan ilmu dan kefahaman dengan menginstituskan platform yang sedia ada. Malah katanya, anak muda yang mahukan perubahan pada hari ini perlu diberikan ruang kerjaya berkonsepkan usahawan khususnya anak muda yang keciciran. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia berhasrat menaiktaraf dan mengopitimumkan penggunaan bangunan-bangunan usang sedia ada supaya mengembalikan keceriaan dan mempunyai nilai komersil. "Selain itu, kita akan membantu membangunkan Pantai Batu Laut sebagai pusat Komuniti, riadah & reakrasi. Dan yang paling penting membantu membangunkan prasarana asas nelayan-nelayan kecil tempatan terlebih dahulu," katanya kepada Harakahdaily. Beliau yang pernah bertanding pada PRU12 lalu tidak menafikan pada awalnya untuk menang di kawasan dalam Parlimen Sepang itu agak sukar bagaimanapun beliau optimis. "Terus terang saya katakan nak menang agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk mencipta sejarah. Keinginan dan adanya angin perubahan daripada rakyat di samping gerak kerja jentera yang bijak mengambil peluang," katanya. Haslin pernah bertanding pada PRU12 dan tewas dengan calon BN dengan majoriti sebanyak 2,374 undi, namun untuk PRU13 ini beliau bangkit dengan mendapat undi 10,129 sekali gus menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti kemenangan 682 undi. |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan