12 di bangi - Google Blog Search |
Penubuhan Grupemuisi UKM <b>Di</b> Kampus <b>Bangi</b> (Memoir) Posted: 09 Jun 2013 04:14 PM PDT BBB, 30 Sya`ban 1434 = 09 Jun 2013 (Ahad): Telah diperkatakan bahawa Badan Penulis Studi Kelab Sastera UKM adalah Badan Penulis Sastera Mahasiswa terawal ditubuhkan Di UKM, semasa Kampus UKM secara sementara di Jalan Pantai Baru. Penubuhan adalah pada 23 Julai 1970, iaitu selepas lebih dua bulan UKM dengan rasminya dibuka (18 Mei 1970). Studi Kelab Sastera UKM adalah zaman UKM di Lembah Pantai. Adapun Grupemuisi UKM yang lebih khusus kepada perkumpulan penyair Mahasiswa UKM, maka penubuhannya berlaku selepas perpindahan UKM ke Bangi. Perlu diingat perpindahan UKM dari Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur ke Bangi tidak serentak, Fakulti Sastera dan Fakulti Islam lebih awal, manakala Fakulti Sains lebeh lewat, kerana perpindahannya melibatkan peralatan dan makmal, di samping menunggu siapnya bangunan-bangunan fakulti yang tidak disiapkan di Bangi secara serentak. Penulis sendiri mulai pindah ke rumah yang dibeli di Bangi pada 3 Disember 1977 (mendapat kunci rumah pada 30 November). Mulai pindah barang-barang terutama buku yang dibawa sendiri ke Pejabat di Bangi mulai 27 Oktober 1977. Pada 28 Oktober packed barang-barang untuk dibawa oleh lori diurus UKM ke Bangi. Pada 29 Oktober Prof. Dr. Ghazali Abdul Rahman, bawa kami (Pensyarah-pensyarah Fakulti Sastera) melawat kampus dan melihat bangunan canselori, bilik senet dan pentadbiran di Bangi. Mulai 11 November 1977 ke Kampus Bangi bertugas – Berulang-alik dari Damansara Utama. Jadi dari rentetan maklumat di atas perpindahan mulai berlaku pada akhir Oktober, khususnya bagi Fakulti Sastera. Perpindahan disifatkan sebagai exodus besar-besaran yang melibatkan jejaran trailer-trailer di Lebuh Raya Kuala Lumpur ke UKM (Plus Sekarang) dalam masa yang agak lama. Lebuhraya baru siap hanya sampai ke Tol Bangi sekarang – masih belum di sambung ke Seremban. Berhubung dengan kegiatan persatuan penulis dan kegiatan di Kampus UKM, Penulis selaku Pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM yang pada masa itu Profesor Dr. Mohd. Haji Salleh selaku Ketua Jabatan, menugaskan seorang Pelajar Jabatan Persuratan Melayu pada tahun 1990, iaitu saudara Anuar Musa menulis Latihan Ilmiah sebagai keperluan pengajiannya untuk Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sastera UKM. Tajuk yang Penulis cadangkan kepada Pelajar berkenaan ialah: ``Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus Universiti Kebangsaan Menurut saudara Anuar Musa dalam Latihan Ilmiahnya di atas: ``Grupemuisi UKM (GPUKM) telah ditubuhkan pada 17 Disember 1977. Majlis Perasmiannya bertempat di Bilik 2.101 Bangunan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Bangi. (Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Latihan Ilmiah Di Jabatan Persuratan Melayu, FSKK, UKM, 1991: 50). Maklumat seterusnya dari Latihan Ilmiah di atas, ``Majlis Perasmiannya telah dilakukan oleh Naib Canselor Tan Sri Anwar Mahmud. Beliau mengalu-ngalukan penubuhan GPUKM. Menurut beliau inilah sebuah badan atas nama Grupemuisi dengan secara langsung bergiat di dalam bidang puisi, buat pertama kalinya ditubuhkan di UKM, malah di semua universiti di (Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus UKM, hlm. 50). Usaha ke arah penubuhan Grupemuisi ialah kerana ramai lahirnya penyair di UKM hasil dari kursus-kursus penulisan yang selama ini diadakan, sedangkan untuk menyatukan kegiatan tidak ada. Seorang aktivis dan penggiat puisi pada masa itu, iaitu saudara Nawawee Mohammad dengan beberapa rakan pemuisi berbincang untuk membentuk satu Persatuan Penulis bersifat terbuka. Sebelumnya ada lahir Persatuan Penulis IBKKM secara terhad (Khusus bagi pelajar IBKKM), tetapi tidak panjang usia. Ini mendorong Nawawee dan rakan-rakannya seperti Azmi Yusoff, Maswan Salleh, Haron A.H. dan Abdul Hadi Muhamad berusaha membentuk sebuah badan penulis yang dikenali kemudiannya dengan nama (atas cadangan saudara Nawawee) Grupemuisi. Menurut Latihan Ilmiah saudara Anuar Musa. Gerupemuisi telah memilih AJK berikut: Ketua Satu Nawawee Mohammad Ketua Dua Abdul Hadi Muhamad Setiausaha Haron A.H. Setiausaha II Maswan Salleh Bendahari: Siti Khadijah Sdr. Fakarulrazy Muhammad Latihan Ilmiah juga mecatat bahawa, antara Penasihat-Penasihat yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa mengira penat lelah serta memainkan peranan penting dalam perkembangan GPUKM ini ialah Encik Ramli Isin, Shafie Abu Bakar, Sahlan Mohd Saman dan Siti Zainon Ismail. Mereka adalah merupakan pensyarah-pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di UKM. (Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi di Kampus UKM, hlm. 51 -52). Sesungguhnya dengan lahirnya Grupemuisi menyediakan wadah bagi bakat-bakat dan peminat-peminat puisi di UKM mencurahkan ilham dan bakat mereka di dalam berpuisi. Dengan adanya Grupemuisi, curahan dan bakat mereka tidak berlalu begitu sahaja, tetapi melalui kegiatan yang teratur mereka menerbitkan antologi-antologi yang melaluinya dapat dinilai bakat mereka dan dipupuk sehingga antara mereka berpotensi menjadi Penyair Kampus yang membuka kemungkinan menjadi antara penyair-penyair tanahair terkenal. Ini terbukti dari banyak lahirnya antologi-antologi yang bakal dibicarakan dan kemudian antara mereka menjadi penyair tanahair terkenal tanahair. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan