Selasa, 11 Jun 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kereta ditembak <b>di Sungai Buloh</b> — LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 29 May 2013 05:50 PM PDT

Seorang ahli perniagaan bernasib baik apabila tembakan yang dilepaskan ke arah keretanya tidak  mencederakannya malah mangsa sempat melarikan diri ke sebuah pusat gimnasium untuk mencari pelindungan di Sungai Buloh,Selangor. Gambar sekadar hiasan.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin di Jalan BRP 1/4 , Bukit Rahman Putra itu.

Kereta Naza Forte yang dipandu mangsa ditembak di bahagian cermin sebelah pemandu oleh seorang suspek yang merupakan pembonceng motosikal Yamaha LC warna hitam ketika dia berhenti di hadapan sebuah pusat pameran kereta.

Menurutnya siasatan mendapat sebanyak empat das tembakan dilepaskan ke arah kereta mangsa manakala siasatan di lokasi kejadian menemui 7 kelongsong peluru jenis WCC 60.9 mm.

"Mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai A Sivaguru hanya mengalami cedera ringan selepas merempuh pintu pusat gimnasium untuk mencari pelindungan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads