12 di ulu yam - Google Blog Search |
Kisah Berkelah <b>Di Ulu Yam</b> | Adra217 Posted: 13 Mar 2013 05:00 PM PDT
Seperti yang telah dijanjikan, maka, tepat jam 830 pagi kitaorang dah bergerak menuju ke Ulu Yam. Walaupun dekat, tapi kitaorang sengaja awal ke sana. Kata orang, boleh pilih tempat yang menarik kalau sampai awal ni. Tidaklah berjalan sampai ke hujung hutan, pun masih tercari-cari tempat mana nak letak segala barang. Maklumlah, Ulu Yam ni boleh tahan dia punya ramai orang. Sewaktu sampai di kawasan parkir, kereta masih belum kelihatan begitu banyak. Maka, secara tidak langsung orang pun masih lagi begitu ramai. Sesi pencarian tapak untuk meletakkan segala barangan berjalan dengan lancar. Kitaorang berjaya mendapatkan lokasi yang agak menarik juga. Maka, aktiviti pertama yang dijalankan adalah pemakanan nasi lemak yang telah ditapau oleh Mama. Selain itu, terdapat juga sandwich buatan tangan Auntie Ija. Selesai sahaja acara pemakanan tersebut, dengan sepantas kilat Adra mengajak Daddy untuk menuju ke permukaan air sungai yang kelihatannya seolah memanggil-manggil Adra. Nah, dia punya jangan cakaplah. Sejuk macam air peti ais. Setelah puas bertarung dengan kesejukan dengan air, Adra meminta izin untuk mengundur diri. Tak tahan. Walaupun hati nurani ini berkata Adra masih mampu mengharunginya lagi barang setengah jam. Tapi kecutan di jari adalah bukti yang Adra dah cukup sejuk sebenarnya. Kitaorang melepak di Ulu Yam ni takdelah lama sangat..menjelang tengahari, Adra pun berangkat pulang sambil pekena tidur dalam kereta setelah penat bertarung dengan air sesejuk peti ais itu. |
You are subscribed to email updates from di ulu yam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan