Isnin, 8 Julai 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Cik Bulat: Kem Ibadah <b>di</b> SK <b>Bangi</b>

Posted: 27 Jun 2013 07:26 PM PDT

Pertama kali menjadi fasilitator setelah lama tak menyertai program-program seperti ini.
Terakhir kali jadi fasilitator? 
Terakhir kali juga mengikut kem segala kem yang melibatkan tidur di tempat orang?
Kenapa lama aku tak sertai?
Pertamanya, aku kurang gemar ikut kem-kem yang kena tidur di tempat orang.
Cepat mesra dengan orang tak bermaksud aku cepat mesra dengan tempat.
Keduanya, aku tak tahu macam mana nak handle budak-budak atau lebih telusnya, aku
lebih suka bergurau tapi tak tahu macam mana nak kawal bebudak.
Sebabkan aku sendiri sukar di kawal dan aku sendiri tak ada pengalaman kawal adik.
Nah, waktu aku sertai program ni. Program ni diwajibkan.
Terkejut bila dapat tahu aku pegang jawatan :
"Biro Kebajikan dan Keselamatan"
Aku yang tak ada pengalaman dalam mengawal bebudak kena pegang jawatan ni?
Pertama dalam kotak fikiran, macam mana nak jaga adik-adik ni bila mereka sakit or what?

So far, gambar aku tak membuktikan langsung apa yang aku ceritakan kat atas.
Adik-adik kumpulan aku ni sangat cheerful. Dah macam perangai aku pulak. ==//
Kumpulan paling mulut becok, depa la. HAHA.
Abang, kakak fasi kacau waktu LDK. Kemain depa riuh sekampung.
Dah mula rindu mulut bising mereka. kih kih kih.
Hai dik, kalau terGOOGLE cerita ni.
Meh akak nak tanya, nama akak siapa?
Lagi sekali, sorry sebab akak tak tahu macam mana nak berlagak serius dengan korang semua.
Akak hanya tahu mengusik, tersengih macam kerang busuk dan berlakon garang sementara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads