12 di jenjarom - Google Blog Search |
Dia buat dah: Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan Posted: 11 Jun 2013 05:43 PM PDT Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Banting: Ketua Wanita UMNO Cawangan Jenjarom 1, Nor Asmah Paniti, 52, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di depan Klinik Kesihatan Jenjarom, di sini, kelmarin. Nor Asmah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira 14 jam selepas insiden yang berlaku ketika mangsa mahu ke klinik untuk pemeriksaan kerana dilaporkan kurang sihat. Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal" Zaidon Rukiman, Suami mangsa Difahamkan, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi itu berpunca apabila dua motosikal terbabit bergesel, menyebabkan mangsa dan penunggang berasingan terbabas sebelum terjatuh di atas jalan. Nor Asmah mulanya dikejarkan ke Hospital Banting (HB) sebelum dipindahkan ke HTAR. Penunggang sebuah lagi motosikal dikenali Qamarul Hisyam, 19, penuntut Giat MARA Banting, turut parah termasuk patah tangan kiri, namun dilaporkan stabil di HB. Suami mangsa, Zaidon Rukiman, 57, berkata sebelum kejadian berkenaan, isterinya mengadu kurang sihat dan mahu ke klinik kesihatan berkenaan untuk pemeriksaan. "Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b> Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan. Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan. Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri. Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing. Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :| |
You are subscribed to email updates from di jenjarom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan