Isnin, 1 Julai 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


<b>Pelabuhan Klang</b>, Seri Manjung catat IPU bahaya pagi ini ABN <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kini dikategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatatkan 495 dan 308, setakat 8 pagi hari ini.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Sementara itu, Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas menunjukkan perkembangan positif apabila mengekalkan IPU pada paras tidak sihat dengan bacaan 163, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

Setakat 8 pagi ini 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 24 sederhana dan dua kawasan iaitu di Tawau dan Sandakan, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (142); SK Jalan Pegoh, Ipoh (186); Kampung Air Putih, Taiping (146); Tanjung Malim (176) di Perak; USM (121), Perai (120), Seberang Jaya (132) di Pulau Pinang; Batu Muda (200), Cheras (186) di Kuala Lumpur dan Putrajaya (197).

Tempat lain ialah Nilai (176), Seremban (161) dan Port Dickson (167) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (134) di Melaka, Kemaman, Terengganu (121) dan Jerantut, Pahang (136).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads