Selasa, 23 Julai 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Raja Nazrin Rasmi Masjid Jamek Kampung <b>Sungai Tinggi</b> | Suara <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 02:37 PM PDT

Raja Nazrin Rasmi Masjid Jamek Kampung Sungai Tinggi

raja nazrin

TAIPING – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan berbuka puasa dan merasmikan Masjid Jamek Kampung Sungai Tinggi, Trong di sini semalam.

Baginda yang tiba di pekarangan masjid tersebut kira-kira pukul 7 petang dengan menaiki sebuah bas, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Yang turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd. Ghazali Jalal; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusof Husin.

Sejurus tiba di masjid berkenaan, baginda berkenan menyempurnakan upacara menanam pokok serta mendengar bacaan ayat suci al-Quran.

Baginda kemudiannya berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.

Raja Nazrin turut menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih secara berjemaah sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 10 malam.

Pengerusi Masjid Jamek Kampung Sungai Tinggi, Mohd. Radzi Said berkata, masjid yang dibina daripada kayu sejak 1950 itu pada asalnya hanya boleh memuatkan sebanyak 200 orang jemaah.

Namun katanya, setelah siap dinaik taraf pada 2005 dengan kos sebanyak RM500,000, masjid tersebut mampu menampung sehingga lebih 500 jemaah merangkumi enam buah kampung berdekatan.

Enam kampung berkenaan meliputi Kampung Sungai Baru, Kampung Sungai Kerang, Kampung Sungai Tinggi, Kampung Kelubung, Kampung Matang Merbau dan Kampung Hulu Sungai Tinggi.

"Peruntukan menaik taraf masjid ini diperoleh daripada kerajaan negeri, Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

"Masjid ini sepatutnya dirasmikan pada 2009, namun tertangguh atas beberapa sebab teknikal," katanya. – UTUSAN

Artikel disiar pada July 21, 2013 - 5:37 am oleh Darlina Shasha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads