Isnin, 19 Ogos 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Perompak gagal pecah mesin ATM Agro Bank <b>di Jeram</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 05:07 PM PDT

Posted on June 18, 2013, Tuesday

SHAH ALAM: Polis semalam  mengesahkan terdapat cubaan untuk memecah sebuah mesin ATM di cawangan Agro Bank di Taman Sungai Yu pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi berkata kejadian dipercayai berlaku selepas jam 1.30 pagi kerana semasa rondaan dibuat oleh anggotanya pada waktu itu (1.30 pagi) tiada tanda pecah masuk di cawangan bank itu.

Bagaimanapun, beliau berkata polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu hasil daripada maklumat seorang pelanggan bank yang ingin mengeluarkan wangnya dari mesin ATM bank itu pada jam 7.48 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pintu luar mesin itu diumpil dan terdapat dua lubang kesan kena bakar dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene  pada lapisan pintu besi mesin ATM itu manakala kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu ditutup dengan pita pelekat hitam.

"Kandungan wang di dalam mesin itu tidak hilang," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads