Rabu, 21 Ogos 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Iftar Bersama Denaihati <b>Di</b> Singgahsana Hotel, <b>Petaling Jaya</b> | Bro <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 12:34 AM PDT

20130725-153908.jpg

Buat tahun ketiga berturut-turut dapat juga Bro berbuka puasa bersama saudara Denaihati dibawah nama Denaihati Network dan juga Abang Ensem.

Kali ini, lokasi iftar adalah di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya.

Walaupun last minit Bro confirmkan kehadiran, pihak penganjur masih sudi menerima kehadiran Bro. Banyak blogger yang dapat hadirkan diri bersama keluarga masing-masing.

Bro pula datang bersama isteri tersayang.

Ainaa Roseberry & Syukri Tahir

Ada juga blogger single yang datang berdua. Eh, ada apa-apa ke nie?

Majlis iftar ini telah diadakan pada 20 Julai 2013 yakni hari sabtu. Boleh dikatakan semua meja yang disediakan penuh.

Mungkin sebab itu krew Denaihati inginkan pengesahan awal untuk menempah meja untuk majlis iftar ini. Alhamdulillah kesemua meja dihadapan pentas dipenuh oleh blogger.

Azman Ishak Iftar Singgahsana Hotel

Tak pasal-pasal majlis iftar terasa macam majlis hari raya la pulak.

Memang terasa kemeriahannya.

Sebelum masuk waktu berbuka, pihak hotel ada menyediakan persembahan nyanyian lagu tradisional, kemudiannya ada ceramah dari ustaz jemputan yang akan berjalan dari satu meja ke meja yang lain sambil berinteraksi dengan tetamu yang hadir.

Bro lari awal-awal, takut ustaz tanya Bro soalan bukan. Dan risau Bro tersalah jawab (otak dah tak synchronize dengan badan – kes kekurang air & oksigen tak sampai otak)

Masuk sahaja waktu, ustaz jemputan tadi akan melaungkan azan di dalam dewan.

Bagi mereka yang ingin mendirikan solat, pihak hotel ada sediakan ruang untuk anda menunaikan solat.

Bufffet-Ramadhan-Hotel-Singgahsana-Petaling-Jaya

Bagi mereka yang ingin berbuka di sini.

Elok anda buat tempahan awal untuk Buffet Ramadhan Special @ Singgahsana pada harga RM69 (dewasa) dan 50% bagi kanak-kanak berumur 6 ~ 12 tahun.

Apa-apa pun terima kasih kepada Denaihati Network kerana sudi menjemput kami. Harap dimurahkan rezeki dan mampu mengadakan sesuatu majlis yang mampu memberi manfaat kepada semua blogger yang ada.

Dan maaf sebab Bro kena beransur awal untuk menunaikan kewajipan seorang suami (kena hantar wife pergi kerja)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads