12 di rawang - Google Blog Search |
<b>Rawang</b> Burger Bakar <b>di</b> Wangsa Maju | My Selera Posted: 28 Jul 2013 10:52 PM PDT Rawang Burger Bakar nama yang tidak asing lagi dalam arena burger bakar di Malaysia. Anda bukan lah penggemar burger bakar jika tidak mengenali jenama yang sedang meletup-letup ini kerana Rawang Burger Bakar atau singkatannya RBB sudah memiliki 60 cawangan di Malaysia. Lebih hebat lagi Rawang Burger Bakar telah menapak jajahan di United Kingdom. Kellasss….!! Crew telah dijemput oleh Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju untuk bersahur kira-kira pukul 12.30 pagi. Terima kasih diucapkan sebab ini merupakan pengalaman pertama kami bersahur dengan burger bakar. Unik sungguh menu-menu Rawang Burger Bakar. Contoh nama burger bakar mereka, anda boleh lihat pada gambar di bawah. Untuk yang selalu layan cerita korea atau running man, anda diwajibkan order Burger Bakar K-pop. Yang rasa nak tambah isteri, boleh terus order Burger Madu Tiga dan yang minat sangat dengan Aaron Aziz, disini peluang anda untuk merasa Burger Ombak Rindu. Sambil menunggu hidangan sampai sempat juga tengok cara burger-burger ni dibakar atau grill. Tebal burger ni memang lebih dari burger biasa. Kami disajikan dengan 4 menu grill iaitu Burger Bakar KLCC, Burger Ombak Rindu, Burger Lagenda dan juga Meatball. Burger Lagenda dan juga Burger Ombak Rindu menjadi santapan pertama kami, dan apa yang dapat kami kongsikan dengan anda perbezaan antara kedua-dua burger ini ialah pada rotinya. Burger Lagenda hanya menggunakan roti biasa yang disalut telur manakala Burger Ombak Rindu menggunakan roti burger sebenar. Persamaannya pula? kedua-dua burger bakar ni memang marvelous! Nokhtah. Selepas berehat 10 minit bagi memberi laluan kepada perut, kami menimati pula nikmat meatball yang terdapat di RBB ini. Mengiurkan tak gambar di bawah? Meatball disajikan dengan roti garlic breads yang begitu rangup. Meatballnya pula? Belum rasa lagi aroma blackpepper yang harum dah menusuk hidung. Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan sekali lagi…marvelous! Kombinasi sos blackpeppernya memang bisa membuat diri anda ketagih…haaa macam mana tu? Jika di suatu hari anda teringin nak merasa makan meatball, atau isteri mengidam nak makan meatball, RBB adalah antara destinasi yang harus dituju. Pepatah ada menyebut, save the best for last….. cocok dengan menu terakhir kami iaitu Burger Bakar KlCC. AWAS : Untuk mereka yang gayat, anda tidak digalakkan makan burger bakar ini. hehe… Aromanya begitu menyelerakan. Rupanya begitu mengujakan. Rasanya..memang tidak mengecewakan. (Cara makan burger bakar ni ikut kreativiti masing-masing). Kalau yang baru-baru nak cuba makan baik berlatih dengan burger yang lain dulu ye. Bagi penulis yang memang seorang die hard fan cheese, 3 lapis cheese dalam burger bakar ni memang cukup menggembirakan hati. Akhir kata dari penulis, Rawang Burger Bakar adalah tempat yang ideal untuk bersahur di bulan ramadhan ni (andai anda boleh kena embun). Harga yang dikenakan setimpal dengan saiz hidangan.
VN:F [1.9.22_1171] Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju, |
You are subscribed to email updates from di rawang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan