Jumaat, 30 Ogos 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


8 mangsa nahas bas ditempatkan <b>di</b> Hospital <b>Selayang</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 08:22 AM PDT

Oleh Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com )

SELAYANG- Seramai lapan mangsa tragedi bas terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3 Genting Highlands ke Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor.

Mangsa terdiri daripada masing-masing tiga adalah warganegara dan Bangladesh, manakala dua daripada warga Indonesia.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Siti Rubiah Ibrahim, tiga daripada mereka kritikal, manakala selebihnya semi kritikal.

Mereka adalah empat lelaki dan empat wanita dengan tiga daripadanya warganegara berumur daripada 14 hingga 50 tahun.

Setakat berita ini ditulis media masih tidak dibenarkan menemubual mangsa kerana pihak hospital masih memberi rawatan kepada mereka.

Dalam kejadian berkenaan sekurang-kurangnya 33 orang penumpang dikhuatiri maut selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang tadi dan bas itu dikatakan terhumban sedalam 150 kaki.

Berdasarkan laporan tidak rasmi 37 daripada 53 penumpang meninggal dunia manakala selebihnya ditempatkan di empat buah hospital iaitu di Hospital Selayang, Sungai Buloh, Bentong dan Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads