Khamis, 1 Ogos 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


kroleZONE: Macam Duduk <b>Di</b> Litar <b>Sepang</b>

Posted: 11 Jul 2013 06:37 AM PDT

Alhamdulillah selesai hari kedua berpuasa... macam mana puasa korang? harap oklah hendaknya ya. Ok! entri ni bukan nak cerita krole berpindah kat litar sepang ke apa ya... cuma terkilan dengan sikap budak-budak motor kat kampung krole ni... Petang tadi dalam jam 5:30PM (sejam lagi nak berbuka). Waktu tu setelah berusaha bertungkus-lumus akhirnya krole berjaya menidurkan baby zahrah yang tengah mengantuk tiba-tiba... prennnggg!. Aduh! terkejut baby zahrah terus terjaga dan menangis.

Kasihan tengok baby zahrah terkejut tadi... orang semua tengah bersiap-siap untuk berbuka, diaorang boleh buka game pula petang-petang tadi. Macam duduk di litar sepang pula krole rasa. Ramai juga budak motor berkumpul tadi... dalam banyak-banyak aktiviti yang ada... berlumba juga yang diaorang nak buat bulan puasa ni. Kalau berkumpul saja tak apa... krole faham juga (kita pun pernah lalui zaman macam ni kan). Tapi ... berlumba tu yang tak boleh blah. Nasib baik ada seorang pakcik menegur mereka tadi, barulah semuanya bersurai... mungkin terlampau seronok nak berbuka kot? tapi agak-agaklah kan... kasihan kat penduduk setempat. Oklah nak rehatkan minda kejap so happy blogging semua.

p/s : alahai... kalau excident mak bapa juga yang susah... cuba fikir panjang sikit~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads