Selasa, 27 Ogos 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


FOTO : PERHIMPUNAN HARAM <b>DI</b> PENJARA <b>SUNGAI BULOH</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 10:39 PM PDT

Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang Hishamuddin Aris serah diri dan Safwan Awang masuk Penjara Sungai Buloh : BACA SINI


Di antaranya :
Tetapi Safwan Anang menolak diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk proses penahanan. Beliau tolak ikat jamin kerana kononnya tanda protes. Stupid! 
Kita tunggu dan lihat sama ada ada penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang beragama Islam akan ikut serta aktiviti syirik candlelight vigil di hadapan Sungai Buloh seperti yang berlaku sebelum ini.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. 
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti candlelight vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. 
Sila baca seterusnya : KLIK SINI 
MiM mencadangkan agar ada pihak yang dapat hadir ke perhimpunan itu dan mengambil sebanyak foto orang-orang Islam pro-pembangkang yang masih degil turut serta aktiviti candlelight vigil, jika ada. seterusnya
Dan memang benar ada perhimpunan kecil yang tidak signifikan langsung berkumpul di depan Penjara Sungai Buloh. Tetapi syukur Alhamdulillah kerana daripada foto-foto yang disiarkan, MiM tidak nampak ada lagi upacara syirik candlelight vigil seperti yang diagung-agungkan oleh Pakatan pembangkang termasuk pemimpin-pemimpin beragama Islam.
Atau MiM terlepas pandang dan pembaca sekalian boleh kongsi bersama jika Pakatan pembangkang masih dengan candlelight vigil mereka?

Jika sah tidak ada upacara syirik itu, ianya menunjukkan mereka telah sedar dengan saranan kita tentang fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam menyertai candlelight vigil.

Dan jika mereka mendengar kata, apa kata jika mereka juga mendengar saranan kita supaya tidak lagi terjebak dengan perhimpunan haram Blackout505 yang sia-sia dan bermotifkan 'Anwar Spring' sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads