Selasa, 13 Ogos 2013

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Program Perlatihan Penanaman Padi <b>di</b> Tg. <b>Karang</b> « Yayasan Al <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 02:27 AM PDT

Program Perlatihan Penanaman Padi Secara Praktikal di Tanjung Karang

Meneruskan Pewarisan Pertanian Negara

Isu jaminan bekalan makanan telah mendapat perhatian dunia termasuk Malaysia. Senario ini tercetus bermula pada tahun 2008, apabila harga makanan termasuk beras meningkat secara mendadak. Bagi mengelakkan ia menjadi satu krisis global yang berulang pihak yayasan turut mengambil tanggungjawap dalam menangani masalah ini daripada peringkat awal.

Usaha ini telah bermula sejak Januari 2013 iaitu Program Perlatihan Penanaman Padi di Kampung Sungai Burung dengan kerjasama PPK Tanjong Karang. TimNas Selangor berusaha menjayakan program di atas dengan tujuan yang berikut:

1. Menjadikan satu program warisan pertanian sebagai agenda 2013
2. Ia menjadi wadah untuk perlatihan penanaman padi
3. Perlatihan secara teori dan praktikal
4. Matlamat program ini bertujuan untuk menyampaikan mesej jaminan bekalan makanan Negara.
5. Seterusnya dan menerajui dan mengetui tranformasi dalam pertanian.

Jaminan bekalan makanan merupakan kesinambungan Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010 yang terkandung dalam Dasar Pertanian Ke3. Ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan jaminan bekalan makanan. Dasar ini turut mengarikan beberapa halatuju strategik untuk meningkatkan dayasaing di sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan.

Menyentuh mengenai pemasaran di peringkat global pula, tidak sewajarnya ia menjejaskan aliran bekalan makanan walaupun dalam ketika dunia dilanda krisis makanan. Kita perlu mengambil langkah bekesan untuk mengatasi semua nacaman, kekurangan makanan, harga turun naik perubahan iklim.

Memandangkan program ini masih dalam peringkat awal, usaha yang ditunjukkan harus diberi sokongan di dalam Negara menghadapi isu global ini.

DSC_1034   DSC_2170   DSC_2179

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads