Ahad, 8 September 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Raya Ex-felcra 2013 <b>di</b> Ipoh dan <b>Bangi</b> | Paksu Pencen

Posted: 26 Aug 2013 04:52 AM PDT

Sempena bulan Shawal yang mulia ini, ramai diantara kita mengambil kesempatan untuk bertemu mesra dan menjalin hubungan silaturrahim sesama keluarga atau sahabat handai.

Begitulah juga bagi Ex-Felcra yang dulunya sekian lama sama-sama berada dalam satu bumbung pejabat atau sama-sama bertugas dalam satu organisasi telah mengambil inisiatif untuk berkumpul dan bertemu setiap kali tiba Shawal.

Pada 24 Sept.bertempat di Restoran DRC semat Quran yang diuruskan oleh salah seorang rakan Ex-Felcra yang terletak di Chemor, seramai 24 orang yang terdiri dari rakan-rakan ex-felcra dari sekitar Ipoh dan Kedah telah mengambil inisiatif bersantai sambil bercerita hal masing-masing.

Manakala Festa iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh bekas kakitangan Felcra pulak telah menganjurkan perjumpaan ini pada Ahad 1 September di Bangi Golf Resort.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ana rakamkan dimajlis berkenaan yang dihaziri oleh warga Ex-Felcra di Ipoh dan Bangi.
exfelcra utara-908145345

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran


ex-felcra beraya di Ipoh

Perjumpaan hari raya Festa 2013 di Bangi Golf Resort pada 1 September 2013
festaraya2
Festaraya 1Sept.2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013

Seronok dapat berjumpa rakan-rakan ex-felcra dalam majlis sebegini. Kalau dulu kita seronok bila berjumpa dalam majlis resmi atau tugas resmi, begitulah juga perasaannya bila bertemu pada kini. Cuma dulu mungkin kita dibatasi dan terhalang oleh kedudukan pangkat dan jawatan, tapi kini kita bertemu dalam keadaan yang lebih terbuka dan merdeka kerana semuanya kini berjawatan Ex-Felcra.

InsyaaAllah semoga mendapat rahmat dan diberkati akan segala usaha ini sebagaimana kata hadith ini iaitu dari Jubair bin Mut'im meriwayatkan bahawa, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: "Orang yang memutuskan tali solaturrahim, tidak akan memasuki syurga." (HR Bukhari)

Jom tahun depan kita pakat p ramai-ramai untuk bertemu rakan-rakan ex-felcra se Malaysia nanti. Bon Jour.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads