12 di ijok - Google Blog Search |
senja <b>di</b> masjid <b>ijok</b>, menara, patani darusslam - kembara khalifah Posted: 13 Sep 2013 11:06 AM PDT Aku cukup tertarik dengan seni bina bina masjid Ijok di wilayah Menara ini. Banyak bentuk ilmu hisab diterapkan ke dalam pembinaan masjid ini. Ada bahagian yang berbentuk empat segi,lima segi dan sebagainya. Ia kelihatan cukup berseni. Namanya Masjid Ijok. Nama Ijok ada di Perak dan Selangor. Di celah binaan ada biduk yang masih digunakan. Mereka memukul biduk bila sudah masuk waktu solat. Selepas itu muazin akan mengalunkan suaranya dari menara. Memanggil umat Islam bersolat menyembah Allah. Ianya dilakukan lima siang dan malam tanpa jemu. Kami menunaikan solat magrib di sini. Jemaahnya agak rami juga. Ramai juga orang luar yang singgah bersembahyang di sini. Ada dua tiga buah kendaraan yang berhenti di sini. Di tepi mesjid ini ada kedai runcit. Kedai ini terletak didalam perkarangan masjid. Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah biasanya mereka tidak akan terus pulang ke rumah. Mereka berbual-bual sementara menunggu biduk berbunyi. Ada yang mengajar anak-anak membaca Al-Quran. Mereka mengajar secara sukarela. |
You are subscribed to email updates from di ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan