Sabtu, 7 September 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Ain Dzaya: Piknik <b>di</b> Hutan Lipur <b>Jeram</b> Lenang, Kelantan | Entri <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 10:09 AM PDT

Haiigaisss! menghabiskan masa bersama kawan kawan memang agenda utama ain minggu ini. memandangkan khamis ini ain dah nak berangkat ke Shah Alam untuk sambung degree BSc (Hons) Construction Management *haiii orang shah alam. walaupun idea ni agak kudus buat wanita awal dewasa macam ain ni. ya. akur. sekarang umur dah 21. dah tak boleh nak huha huha macam 12 tahun. dah tak boleh nak kerut dahi sikit, kalau tak jelas kedut kedut kat dahi T_T.
Jeram Linang. dah siap tulis hitam pekat tu. dah siap buat teaser tempek kat instagram. 'Jeram Linang. piknik with buddyz.lep.lep.  ❤'
Hutan Lipur Jeram Linang. memang dah tersemat hebak di otak, Jeram Linang memang menjadi kewajiban lunggukkan manusia datang setiap hari. lebih lebih lagi di hujung minggu, memang terpaksa bersumbat sumbat kalau nak masuk. tapi, hari ini nasibla bukan cuti umum, yang datang pun boleh kira dengan jari. kalau tak, sila parking kereta satu kilometer jauh dari destinasi yang nak dituju. 
pada awalnya, kitorang tak plan pun nak datang kat sini. memandangkan kat Machang ni tak ada tempat best nak lepak lepak, nak gossip girls. makanya, terus tuju destinasi ni. 
hmmm. memang sesuai sangat untuk gossip girls. 
view yang cantik. air sejuk yang jernih. scenaries yang tak nak kalah memang buat ain pengsan seketika. memang teruja nak datang sini bukannya sebab nak air sejuk. setakat air sejuk, cedok telaga belakang rumah je. tapi Ya Allah, tempatknya kemahen cantik. budak budak laki ganas yang datang lepak kat sini tadi pun kemain seghonok mandi air terjun. yang bawa balak, awek datang sini pun celup celup air dalam sungai pun belambak.
pokok pokok balak besar ni , bukan sebarang pokok tahu! macam macam pokok jugaklah ain kenal dari sebesar tapak tangan sehingga segedabak ni. memang banyak khasiat dan memang khazanah malaysia. memanang patut pun kalau Jeram Linang ni di iktiraf sebagai destinasi cuti cuti malaysia taman rekreasi dan air terjun di Kelantan ni.
permandangan hijau dengan kicauan burung macam ni dah cukup buat ain tenang. seghious takmboh balik!
tengok air, jernih kann! memang sepuluh bintang la ain kasi. yang bestnya kat sini, setiap jeram tu ada stag memasing. kalau budak budak nak mandi boleh duduk kat jeram bawah sekali. yang dah dewasa sikit macam ain ni selayaknya duduk jeram atas sikit. so takda masalah lah kalau semua peringkat umur nak mandi.
matahari dah cecah atas kepala. macam faham faham je suruh itew terjun dalam air sekarang.ehew!
port pilihan kitorang! petang tadi memang takda orang, so kitorang concour awal awal jeram yang ni. sebab musababnya, kat sini tak dalam sangat. air pun lebih jernih berbanding jeram yang bawah. 
susur jalan ke puncak bukit. next time, kitorang datang, nak hiking pulak. baru lah lebih mencabar khonn. hari ni tak sempat, pergi pun dah tengah hari. baru celup celup kaki dalam air je, tup tup dah 2 jam.sobs.sobs.
mempersembahkan kawan sejak sekolah rendah, elly. kalau nak cakap dengan dia kena cakap sopan sopan, sebab dia sopan santun.hiks
nak balik saja, terus rasa sayang je nak jalan laju laju. kalau bleh nak mengesot saja,  lambat siket sampai kat kereta. bukan senang nak datang piknik bagai ni dengan buddyz ni. sebab masing masing dah besar, masing masing dah ada komitmen.

apa pun, ain harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang syok. sebab musabab, seperti yang selalu, ain tak terbatas untuk jadi lupa diri dalam air. menjadi 12 tahun tanpa arahan. otometik eksaited bila dalam air ni. haish.

p/s : jemput jemput la ke Hutan Lipur Jeram Linang di Kelantan.

terima kasih sudi baca :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads