Sabtu, 14 September 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Polis berkas lapan penyamun <b>di Kajang</b> ABN News | BM

Posted: 23 Aug 2013 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR – Polis Kajang percaya dapat membanteras  kegiatan samun bersenjata dan pecah kereta di daerah itu berikutan penahanan lapan lelaki dalam serbuan berasingan pada Rabu lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asistan Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata polis menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Taman Jasmin, Kajang Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Desa Serdang bulan lepas.

"Dalam kejadian samun itu, pengadu mendakwa empat lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng serta sarung tangan memasuki rumah itu sebelum melarikan barangan kemas, wang tunai dan dua telefon bimbit," katanya pada sidang media.

Ab Rashid berkata susulan tangkapan tiga lelaki itu, polis menahan dua lagi lelaki berumur 22 dan 27 tahun di kawasan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Bangi pada hari sama.

Antara barang yang dirampas daripada kesemua suspek, sebuah kereta Naza Citra dan sebuah Proton Putra yang dilaporkan hilang di Sungai Way, parang, beberapa utas jam tangan dan barangan kemas, katanya.

Kesemua suspek yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas, direman lima hari bermula semalam.

Sementara itu, dua lelaki yang cuba memecah sebuah kereta jenis Toyot Hilux di sebuah pusat kenderaan terpakai di Batu 12, Cheras, ditahan polis pada 4.20 pagi semalam.

Ab Rashid berkata polis turut merampas beberapa senjata tajam seperti parang daripada lelaki berumur 28 dan 29 tahun itu.

"Suspek berumur 29 itu memiliki tujuh rekod lampau dan dikehendaki berhubung kes samun manakala seorang lagi di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya.

Katanya seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut menahan seorang lelaki yang cuba memecah sebuah kereta di Taman Mewah Kajang semalam.

Suspek berumur 36 tahun dan memiliki 13 rekod jenayah lampau termasuk curi kereta dan samun, ditahan pada 1.15 pagi.

"Polis juga merampas sebuah Proton Wira daripadanya yang dilaporkan hilang di Pudu," katanya.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman lima hari mulai hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads