Ahad, 22 September 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Tribunal Rakyat: Ahli Parlimen DAP dedah penipuan undi <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 09:22 PM PDT

charles santiagoSUBANG JAYA, 19 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago mendedahkan terdapat sebanyak 3,457 nama pemilih berdaftar yang 'dipindahkan' daripada daftar pemilih kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu.

Beliau mendedahkan penipuan itu pada Tribunal Rakyat yang ditubuhkan untuk mengenal pasti penyelewengan dan kesalahan yang berlaku sebelum dan ketika proses PRU-13.

"Daripada jumlah itu, 2,195 dipercayai dipindahkan dari kawasan Parlimen Klang manakala 1,000 lagi ke kawasan sekitar Selangor dan selebihnya ada yang dipindahkan ke negeri lain termasuk ke Sabah dan Sarawak.

"Kira-kira 500 pengundi yang mengundi di Klang pada pilihan raya umum sebelum ini dipindahkan daripada kawasan itu. Ini dianggap sebagai latihan persempadanan yang perlu diluluskan Parlimen pertama tetapi ia tidak pernah berlaku," katanya.

Menurut Santiago, nama rakyat Malaysia di luar negara juga terdapat dalam senarai daftar pemilih kali ini walaupun mereka telah tinggal bertahun-tahun lamanya di luar negara.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor mengakui mereka sedar bahawa seorang Pembantu Pendaftar UMNO dengan nama Hishammuddin Kassim telah mendaftar ramai pengundi yang meragukan tetapi tidak ada tindakan yang diambil untuk membetulkan keadaan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor turut menyatakan terdapat 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat dan telah memaklumkan kepada SPR mengenai perkara ini, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Apa yang lebih mendukacitakan, dalam satu alamat rumah yang kami temui di Klang iaitu di Jalan Papan sekitar Pandamaran mempunyai 60 pemilih tinggal di alamat rumah yang sama dan pemilik rumah itu juga tidak mengetahui mengenai perkara itu

"Saya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penipuan dalam daftar pemilih yang mana 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu kerana kononnya undang-undang tidak membenarkan perubahan daftar pemilih," ujarnya.

Beliau turut menyatakan terdapat pegawai memakai jaket polis mengiringi dua rakyat asing di sebuah pusat pengundian Klang ketika hari mengundi.

"Pegawai polis terbabit mengiringi dua lelaki warga Indonesia dari Sekolah Teknik Klang.

"Pada hari yang sama, warga Klang menghentikan sebuah bas di Pandamaran, tetapi polis campur tangan dan iring bas itu ke sebuah balai polis di Klang.

"Kami telah mengambil gambar 18 orang yang berada dalam bas itu dan tidak syak lagi bas itu digunakan untuk mengangkut pengundi hantu di mana seorang daripada mereka (pekerja asing) mempunyai dakwat pada jari telunjuk," tegasnya.

Charles Santiago merupakan saksi pertama dalam Tribunal Rakyat inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang berlangsung mulai semalam sehingga 22 September ini di Empire Hotel, Subang Jaya.

Panel tribunal terdiri daripada pakar undang-undang, Profesor Yash Pal Ghai, mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti, bekas Pegawai Diplomatik Kementerian Luar Negeri, Datuk Azzat Kamaluddin, bekas Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Reverend Dr Herman Shastri.

Manakala, Pengarah Pusat Kecemerlangan untuk Undang-undang Biodiversiti, Universiti Malaya, Profesor Gurdial Singh Nijar bertindak sebagai ketua pasukan guaman tribunal. -Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads