12 di petaling jaya - Google Blog Search |
Greenblacks: Promosi Alat Seks <b>Di Petaling Jaya</b> Posted: 24 Sep 2013 05:17 AM PDT Iklan haram: Promosi alat seks BUKAN setakat pinjaman wang segera, peralatan seks turut dipromosi dalam iklan haram dan disebarkan di merata-rata tempat. Bagi membanteras gejala ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi penyamaran bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pemilik iklan haram perniagaan peralatan seks itu. Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, anggota penguatkuasa bertindak untuk menyamar sebagai pelanggan dengan menghubungi nombor yang terpampang pada iklan penjualan barangan seks yang diletakkan di tepi jalan. Menurut Zainun, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan pihaknya mendapatkan kesahihan berhubung iklan penjualan barangan haram terbabit sebelum mengambil tindakan. "Anggota penguatkuasa akan menghubungi nombor yang terdapat pada iklan peralatan seks itu," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Zainun, pihaknya terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran memandangkan kebanyakan nombor telefon yang dihubungi merupakan nombor ejen jualan. "Penguatkuasa kononnya mahu membeli peralatan seks yang diiklankan. Helah itu menjadi dan ejen jualan terbabit berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis ketika mahu menghantar barang yang dipesan kepada anggota penguatkuasa yang melakukan penyamaran," katanya. Tambah Zainun, keadaan berkenaan menyukarkan tindakan diambil ke atas pemilik sebenar dan mereka akan meneruskan operasi ini selepas ini. "Ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil MBPJ walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa risiko bahaya dan mengancam nyawa," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Zainun memaklumkan pihaknya telah membuat penyamaran sebanyak 50 kes tahun lalu. Zainun berkata, dari jumlah berkenaan, pihaknya juga turut menjalankan sitaan peralatan seks berkenaan menerusi operasi yang dijalankan sebelum ini. Selain itu, Zainun turut menjelaskan bahawa pihaknya telah menghantar sebanyak 70 nombor talian telefon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu penjualan barangan seks tersebut. Jelasnya, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan SKMM menjalankan siasatan terperinci berhubung nombor yang digunakan oleh pihak terbabit. "Kita tidak sekadar menyamar, malah pasukan penguatkuasa turut memanjangkan hal ini kepada SKMM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya. Menurut Zainun, kerjasama yang ditunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat membantu dalam mengatasi masalah penjualan barang seks di sekitar kawasan ini. sumber...s.harian |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan