Selasa, 10 September 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


SDH akan dibuka <b>di</b> Hospital <b>Selayang</b> | The Malaysian Times

Posted: 06 Sep 2013 03:17 AM PDT

PUTRAJAYA, 6 Sept:  Dua lagi Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan dibuka tahun ini iaitu di Hospital Selayang, Selangor dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen Nor Zanah Jamari berkata pada mulanya, SDH dijangka dibuka di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Sabah serta Hospital Umum Sarawak di Kuching, namun terpaksa ditangguhkan berikutan masalah teknikal.

"Ini menunjukkan projek di bawah Hati Nurani yang dinaungi Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendapat maklum balas positif dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri," katanya kepada pemberita dalam majlis Aidilfitri SDH di Seri Perdana yang turut dihadiri Noorainee di sini hari ini.

Katanya SDH yang kini mempunyai lebih 60 orang guru dan kira-kira 22,000 pelajar juga akan dibuka di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, tahun depan.

Yayasan Nurul Yaqeen, yang dipengerusikan Noorainee merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital.

Hospital yang telah mempunyai kemudahan SDH ialah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu, Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Sementara itu, seorang murid tahun lima yang pernah belajar di SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Nurul Sofiya Irwan berkata pembelajaran di SDH sama seperti di sekolah harian biasa.

"Walaupun saya sakit, namun masih dapat belajar seperti kawan-kawan yang lain dan bila kembali ke sekolah harian pembelajaran saya tidak tercicir," katanya yang menerima rawatan selama empat bulan pada tahun lepas kerana barah otak. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads