Selasa, 3 September 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


TV9 - Lelaki Maut Ditembak <b>Di Selayang</b>

Posted: 30 Aug 2013 02:49 AM PDT

30 Aug 2013, 05:49pm by Syuhada Rais


Penduduk di Taman Bidara , Selayang dikejutkan dengan bunyi tembakan kira-kira 1 tengahari tadi.

Selepas disiasat, seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan di kepala di tepi jalan.

Yap Boon Hua, 35 tahun yang berlumuran darah ditemui di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Bagaimanapun, Yap disahkan mati akibat pendarahan teruk di kepala sebaik dibawa ke Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah memaklumkan siasatan mendapati lelaki itu menembak dirinya sendiri dengan melepaskan dua das tembakan.

Sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru turut ditemui pasukan forensik.

Hasil siasatan, lelaki berkenaan memiliki 7 rekod berkaitan dadah dan dalam pemantauan polis di bawah langkah pencegahan khas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads