Rabu, 23 Oktober 2013

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


! SHARING IS CARING!: Berbuka puasa <b>di Beranang</b>

Posted: 31 Jul 2013 08:58 AM PDT

Hye everyone.. =)  Sabtu lepas bersamaan 27 July 2013, aku dan Qeera rancang untuk jenguk sahabat dekat Beranang.. Dalam masa yang sama, berbuka puasa bersama.. Kebetulan, Qeera ajak jalan-jalan shopping.. Aku rasa dia bukan nak shopping sangat.. Tapi saje nak hilangkan tension.. Kenapa aku cakap macam tu??? Sebab, yang ajak jalan-jalan dia, bukan aku.. Then, masa jalan-jalan tu, dia mana ada benda nak beli.. Semua dia dah shopping.. So, aku tahu yang dia nak happy-happy.. Dulu masa kat kolej, kalau kami tension dalam kelas or masa test, aku dengan Qeera selalu keluar pergi tesco.. Makan.. Makan.. Makan.. Semua kami nak makan.. Lepas tu, main game basket ball.. Dah puas gelak ketawa, kami balik.. Itulah cara aku dengan Qeera hilangkan stress time blaja..
So, pagi tu aku keluar dengan Qeera.. Sampai Masjid Jamek dalam pukul 10.30 pagi laaa.. Sampai sana, kami tunggu Asma pulak.. Junior kami.. Budak bilik Qeera dulu.. Aku tak kenal sangat.. Tapi aku kan peramah sangat, semua orang nak di tegurnya.. Asma pulak jenis yang bising macam aku.. Tak la janggal.. Hehehe.. Rupanya, Asma datang bawak boyfriend dia.. Tapi sampai Masjid India, boyfriend dia tak nak ikut.. Suka hati laa.. Kami pun jalan bertiga cari baju.. Hari tu, aku juara tau.. Ada 7 ke 8 item aku beli.. Hehehe.. Baju Jamil sehelai, baju Nana Ika sehelai sorang, baju aku 2 helai, selendang sehelai, kasut kerja sepasang.. Rasanya tu je kot.. Asma pulak shopping jubah untuk dia, akak dia dan mak dia.. Qeera pulak beli tudung 2 helai.. Itupun mencecah RM100.. Huhu.. Anyway, aku happy sangat coz aku dapat shopping barang adik-adik aku.. Memang setiap kali raya, itu yang aku buat.. Cari barang untuk adik-adik.. Selagi tak dapat, selagi tu aku tak tenang.. 
Sepanjang aku jalan dengan Qeera, dia asyik ketawa je.. Aku tahu dia tension.. Qeera pun ada cakap,
"Keluar dengan kau nie, jadi gila aku.. Ada je benda yang aku nak gelak.."
"Keluar dengan kau je aku gelak-gelak macam nie.. Dekat ofis, jangan cakap la, diam je.."
"Aku chat dengan kau pun boleh gelak Zulia.. Kelakar.."
Dalam hati sedih.. Tapi aku susah nak tunjukkan sedih aku dekat dorang.. Sebab bahagia dorang adalah bahagia aku.. Sedih dorang adalah sedih aku.. Kalau bagi dorang, aku menghiburkan, its ok.. Aku akan sentiasa ada untuk menghiburkan dorang.. Untuk pengetahuan, aku selalu chat dengan Qeera dalam facebook.. Dalam facebook pun kami gelak ketawa.. Kadang-kadang nak luahkan benda sedih pun boleh gelak.. Itulah sahabat..
Kami sampai hostel pukul 5.30 petang.. Aku tumpang bilik Fiqah.. Sampai je, Fiqah peluk and angkat aku.. Rindu beno nampaknya.. Aku pun rindu sahabat-sahabat aku.. Mandi, solat and keluar pergi bazar depan Tesco.. Rushing masa tu coz dah hampir berbuka.. Nak cari makanan Pak Cik Ayed pulak.. Kalau ikut aku, tak payah makan pun tak apa.. Pusing punya pusing, jumpa satu gerai yang jual nasi tomato tapi sikit.. Bagi aku terlebih cukup.. Tapi aku tak rasa cukup untuk Pak Cik Ayed coz dia baru balik kerja kan.. Mesti penat.. Ingat nak cari makanan lain untuk dia tapi mak cik tu bagi free 1 bungkus.. Hahhh.. So, tak payah la cari makanan lain.. Hehehe.. Yang pergi bazar, aku, Ummi, Qeera, Asma, Jiji and Yasir.. Kami berbuka sekali kat kedai Linda.. Agak kecewa coz tak semua yang ada.. Tapi tak apa, masing-masing ada hal.. Wawa, Wan, Ecah, Yayah, Ejat, Kak Anis, Airul, Tyra.. Dorang ada masalah sikit.. Its ok.. Happy dapat berbuka dengan dorang walaupun penat.. Sembang-sembang... Gurau-gurau.. 
Lepas solat maghrib, aku nak rest kejap.. Aku baru nak pejam mata, Fiqa dah tepuk-tepuk aku..
"Zulia.. Jangan la tidur.. Esok pagi kau nak balik dah.. Jangan la tidur.. Jom la sembang.. Aku duduk sini, tak tahu nak sembang dengan siapa.. Semua buat hal sendirir.. Aku banyak cerita nie.."
Lagaknya macam budak kecik.. Hehehe.. Comel.. Tak jadi aku nak lelap kejap bila dengar sahabat aku cakap macam tu.. Tapi problem nya, aku nak keluar.. Spend time dengan sahabat-sahabat aku jugak.. Hurmmm.. Serba salah di situ.. 
Pukul 9.30 malam, aku gerak pergi funfair.. Sebelum tu, aku solat Isyak berjemaah dengan Qeera.. Sahabat kan.. Kat mana-mana pun tetap satu hati.. Dorang ajak lepak, tapi tak tahu kat mana.. Kebetulan ada funfair.. So, kita boleh happy-happy.. Hehehe.. Naik pening aku.. Semua pakat dok kena kan aku.. Tapi happy sangat-sangat.. Habis funfair, kami lepak depan McD sembang-sembang.. Dah lama rasanya tak berborak.. Aku sedar, happy aku tu tak lama.. Terngiang-ngiang Khairi cakap..
"Asal balik awal sangat?? Kerusi pun tak panas lagi.. Relax laa.. Praktikal je pun.. Bukannya manager syarikat pun.." 
Hehehe.. Perli habis bila aku cakap aku kena balik esok pagi.. Aku jadi keberatan nak balik.. Tapi apa nak buat.. Aku memang susah nak bergerak sekarang.. 
Balik tu dah pukul 12 malam.. Badan terasa letih sangat.. Dengan peningnya tak hilang.. Fiqah tak tidur bilik, dia teman kawan dia.. Masa tidur tu, Qeera dodoikan aku.. Hahahaha.. So sweet.. Lena aku tidur.. Bangun subuh, mak Qeera call suruh balik sekarang jugak.. Aku dengan Qeera siap-siap balik.. Pukul 8 pagi kami gerak.. Sebelum balik, aku jumpa Fiqah.. Aku ada tinggalkan botol besar air tropicana orange untuk berbuka.. Tak bukak lagi.. ALLAH pernah berfirman, hadiahkanlah benda yang kita suka dan sayang bukan benda yang kita nak buang.. Aku jugak melawat Husna.. Rupanya sahabat aku tu demam.. Moga ALLAH sentiasa melindungi mereka.. Sayu pulak tengok Husna demam.. Pada mulanya, aku ada suruh Khairi hantar.. Tapi bila kejut tak bangun-bangun, Ummi pulak cakap dorang balik nak dekat pukul 4 pagi, aku tak jadi nak mintak tolong.. Its ok.. Sebenarnya, time tu kuku kaki aku bagaikan nak tercabut akibat banyak jalan semalam.. Aku tahankan jugak sampai KL.. Sebelum pisah dengan Qeera, aku ingat lagi pesan dia.. "Zulia.. Kirim salam pada mak dan ayah kau ye.. Bye.. Kita pisah kerana ALLAH.." Ya ALLAH.. Kau lindungi lah setiap perjalanan sahabat-sahabat aku.. Happy with them.. Thanks dad, mom coz mengerti..

TIME KASIH.. SENANG-SENANG BACA LAGI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads