12 di kelana jaya - Google Blog Search |
Wanita <b>Kelana Jaya</b> Pilih Pemimpin Berwibawa - mykmu.net: demi <b>...</b> Posted: 13 Oct 2013 08:32 AM PDT October 13, 2013 · 17 Comments Demam pemilihan pemimpin UMNO telah melanda parti keramat yang cukup digeruni pembangkang. Kesemua sayap bahagian telah bermesyuarat untuk memilih kepimpinan masing-masing. Kali ini penulis ingin mengupas akan pemilihan ketua Wanita Bahagian Kelana Jaya. Umum amat maklum bahawa Wanita merupakan tonggak UMNO. Maka dengan itu, amat penting kita memastikan bahawa Ketua Wanita yang dipilih mampu meneraju pergerakkan Wanita UMNO untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang dijangka amat sengit. Pembangkang mencari jalan dan cara untuk menghancurkan UMNO dari dalam. Oleh itu mereka cuba mencaturkan kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian lagi dengan mengenengahkan pemimpin yang tidak berwibawa. Ini amat kita fahami apabila pihak yang bertanding cuba membawa "ayat-ayat" pembangkang dalam kempen-kempen mereka seperti "ini kalilah" "meremajakan" dan lain lain lagi. Cubaan tersebut telah gagal dalam mesyuarat pemilihan Wanita UMNO baru-baru ini. Para perwakilan Wanita telah membuat pilihan yang cukup bijak dengan mengundi kepimpinan yang amat berwibawa dan mantap. Sejarah amat penting bagi memastikan kita tidak salah dalam membuat pilihan. Dengan "track record" yang cukup cemerlang dan kerja keras yang telah Datin Paduka Seripah Noli buktikan selama beliau memegang dan meneraju Wanita Kelana Jaya menjadi kayu pengukur dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia pada 2004, bekas anggota Exco Negeri Selangor, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Selangor. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan di dalam Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University di Amerika Syarikat dan pada tahun 1992 beliau menerima Sijil Pengurusan Kewangan dari Swinburne University. Kejayaan Datin paduka juga membuktikan bahawa ahli UMNO bijak dalam membuat pilihan. Para pemimpin yang berkalibar menjadi pilihan berdasarkan prestasi mereka sepanjang mereka berkhidmat untuk parti. Ini tentu amat mengecewakan pembangkang dan musuh dalam selimut yang cuba menghancurkan UMNO dari dalam. Semua ahli UMNO patut peka terhadap sebarang petanda penyusupan masuk musuh dan ideologi pembangkang bagi memastikan UMNO terus relevan dalam memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair. By kakchah Tags: PAU 2013, WANITA UMNO |
Pemilihan Ketua Wanita <b>Petaling Jaya</b> Selatan Kecoh | <? bloginfo <b>...</b> Posted: 12 Oct 2013 05:57 AM PDT October 12, 2013 · 24 Comments Berlaku kekecohan dan pertikaian dalam keputusan pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan apabila jumlah undi yang diterima melebihi jumlah kehadiran perwakilan. Jumlah kehadiran yang diumumkan ialah 389 orang. Namun semasa pengiraan undi, jumlah undi yang diterima ialah 401 termasuk undi rosak. Ini menyebabkan timbul bantahan dan ketidakpuasan hati calon yang kalah Norkhaila Jamaluddin. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor, Harun Ismail mengumumkan, penyandang jawatan Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi serta 7 undi rosak. Kertas undi yang lebih sebanyak 12 keping berbanding jumlah perwakilan yang hadir menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan pemilihan ini. Isu ini menjadi besar apabila perbezaan antara calon hanyalah 2 undi. Sementara itu, Harun berkata, pengumuman tersebut adalah muktamad, namun sebarang bantahan boleh dikemuka kemudian. - |
You are subscribed to email updates from di kelana jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan