12 di kuala kubu - Google Blog Search |
Berkelah <b>Di</b> Sungai Chilling, <b>Kuala Kubu</b> Baru - UzairOthman.com Posted: 10 Jun 2013 11:25 PM PDT Sabtu yang lalu, saya bersama rakan-rakan campus berkelah di Sungai Chilling, Kuala kubu baru, Selangor. Lokasi yang terletak berhampiran dengan Bukit Fraser ini mengambil masa perjalanan selama 2 jam dari Kajang. Ketika di perjalanan, kami sempat singgah di empangan Sg.Pertak dimana lokasinya yang cantik dan udara yang nyaman. kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser untuk sarapan pagi dan mengambil gambar kenangan disini. sempat juga saya membeli cenderamata disini dan harganya pun murah Setelah itu, saya singgah pula di padang golf mini di bukit fraser ini yang terletak betul-betul di belakang food court bukit fraser dan juga bersebelahan taman permainan. Harga nak main mini golf ini adalah RM 6 iaitu anda akan mendapat sebatan kayu golf dan sebiji bola golf. Inilah aksi saya ketika bermain mini golf disini..sangat best permainan ini. Sebelum meninggalkan bukit fraser, kami sempat bergambar di jambatan gantung ini dimana menghubungkan sempadan selangor dan pahang. untuk ke sungai chilling, kami perlu menuruni bukit fraser dan menghala ke kuala kubu baru. Akhir nya tiba juga di sungai chilling, untuk berkelah atau khemah disini, anda perlu daftar di pejabat ranger hutan. Bayaran Masuk : Harga untuk seorang : RM 1.00 Harga tapak kheman (6 orang) : RM 4.00 Deposit : RM 100 dan akan dipulangkan ketika ingin pulang. setelah daftar, kami pun memasang khemah, dan berehat sebentar di dalam khemah. Berhampiran tapakh perkhemahan, ia begitu hampir dengan pejabat ranger. jadi tak perlu takut kerana waktu malam disini bercahaya. terdapat juga gerai dan surau serta tandas untuk kegunaan pengunjung. Inilah peta sungai chilling, disini terdapat air terjun yang cantik untuk anda mengambil gambar. Dari tempat parking kereta ke tapak perkhemahan, anda perlu berjalan kaki selama 15 minit. Dari tapak perkhemahan ke air terjun, anda perlu meredah hutan selama 45 minit untuk sampai ke air terjun. Nampak dalam peta macam dekat. tapi bila dah mula berjalan, memang pancit la.. Di belakang saya itulah air terjun sungai chilling, memang ramai orang camping kat sini. jadi anda pun patut datang ke sini juga untuk mencuba sendiri melihat keindahan alam. di sungai ini juga terdapat banyak ikan kelah dan anda tidak boleh memancing atau pun menangkapnya. Boleh kene denda dan penjara jika bawa balik ikan kelah tersebut. kalau berani, boleh la terjun dari atas tu..saya memang tak berani la..sebab tinggi air terjun ini 50 meter..memang seram ooo.. setelah penat berjalan, tiba la masa untuk BBQ , makan sepuas-puasnya dan berehat. keesokkannya kami pulang seawal pagi dan jangan lupa ambil semula duit deposit yang anda telah bayar di pejabat ranger tersebut. |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan